Calon SPM dihad ambil 10 subjek
2:33 AM | Author: matgeo
SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.....-dipetik daripada utusan malaysia

hmm..perlukah dihadkan pengambilan subjek..adakah kerana telah menjadi trend bagi pelajar2 untuk mengambil sebanyak mungkin subjek dalam exam...sehingga ramai mementingkan kuantiti daripada kualiti..atau sekadar untuk dijadikan alasan tak perform sebab ambik paper terlalu banyak...

Dulu aku ambik 10 pun da rasa banyak sangat dah...da banyak hilang nikmat hidup sebagai remaja ...tapi takleh la kan nak compare ngan aku yang agak malas ni..

ok lah..kepada adik2 blajar la rajin2..biar dapat masuk univ cam abang hehe..

This entry was posted on 2:33 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

On May 29, 2009 at 3:03 AM , Unknown said...

"ok lah..kepada adik2 blajar la rajin2..biar dapat masuk univ cam abang hehe.."

baik, abang! haha..

aduiyai. kakak ni pun tak larat masa amek 10 subjek dulu. tu pun x perform. apakah?! ekeke.. xD

 
On May 29, 2009 at 3:39 AM , ♥Fitnunnisak♥ said...

hmm, satu idea yg bgus..leh lebih fokus kpd satu2 subjek, n kurangkn kos, blaja byk2 pn klu smata2 sbb nk exm xde mkna gak.. sedikit yg berkualiti lebih baik dr yg byk tp xtau pe2..huhu

 
On May 29, 2009 at 6:52 AM , ezah said...

ada yang tak puas hati yang dapat berbelas A tak dapat biasiswa ,tp budak SBP yang 10A dapat pulak, biar sikit tapi berkualiti

 
On May 29, 2009 at 8:41 AM , annfrendly said...

jgnkan 10 subjek.. kite yg amex 9 subjek pown kecundang di tengah jln... jiwa kacaw gax nak catch-up 9 subjek.

 
On May 29, 2009 at 5:05 PM , ChaiDaN said...

bagus r xyah pening2kan kepala nk belajar banyak2 subject...

tpkan cmne lak kalau dak2 sek agama or aliran sains agama??xkn r nk amik 10 sbjct jugak???mmmm...konfius2...

dlu time spm ak amik 12 subject + est y TAK BEZ 2!!huhuhu~..so, kalau xde est,ade r 11 sbject tuk bdk2 sc agama ni....so??xkn r nk bubarkan BAT, syariah n quran sunnah 2 sume kan??mmmm, ntah r...

 
On May 29, 2009 at 10:38 PM , Kicap Manis Media said...

nape la bnda neyh x berlaku kt aku????? huarghhH!!!!!! nk mamposh arr govmnt neyh...tyme aku skool x nk plak wat cpt2!!!!

 
On June 2, 2009 at 6:13 AM , Anonymous said...

xpela sket subjek,,amalkan mementingkan kualiti berbanding kuantiti,,myb dgn care ni pelajar dpt fokus lebih pd subjek yg penting,,lgpun dekat Uni nnt bkn bergune sgt pon subjek2 laen pnjang berjela yg diambil sblum ni,,tetap juga sbjek teras yg mnjadi ukuran,,hee~~