EKSPEDISI GUNUNG ANGSI
6:15 AM | Author: matgeo
Gunung Angsi terletak di kawasan Ulu Bendul, Negeri sembilan... ekspedisi ni aku join atas jasa baik rumet aku merangkap VVIP kelab BKRS..
Walaupun aku duk UO 3 tahun, aku rasa tak ramai yang perasan kewujudan aku sebab aku tak join satu kelab pun masa duk kat UO...just tumpang2 program je... so maybe tak hairan la jika ramai tertanya2 mamat mana lak tetiba menyibuk join xpdc ni..takpe, aku pasrah.

Ekspedisi ni berlangsung 3 hari 2 malam..berikut antara aktiviti yg dilakukan:


Jungle trekking..start dalam kul 8pg..sampai puncak dalam kul 12..then lepak2, makan nasi..
pastu turun balik, sampai dalam kul 4 petang

trail dia macam ada dua fasa..first landai je..then, akan start mendaki, sampai la kat puncak..













Antara tempat yang paling mencabar..pakai tali satu hal.. then, debu masuk mata... tanah plak pasir licin..

By the way..kawasan ni batuan granit, sebab tu tanah dia kurang berselut













Di puncak Gunung Angsi...
salah satu tema adalah konservasi alam. so sampah sarap memang kitorang jaga betul2 masa program

bak kata pepatah:
"take nothing but pictures, leave nothing but footprints"






Malamnye..
standard la, makan BBQ..
Which is my favourite activity, n tukang pembakar is my favourite job...










Ultraman Mat nak abseiling..

lama tak abseiling, last masa kat q-ber..
anyhow, memang tak puas hati coz dapat try skali je..
maybe rumah aku nanti consider letak tali abseiling ni..cam best gak..boley main puas2













Water confident

mula2 aku ingat ni sempoi je...stakat berenang kan..
rupenye2, tahap kesejukan air melampaui jangkaanku..menggigil kesejukan la dalam air tu







Begitulah antara aktiviti disini..budak2 bkrs ni memang sempoi, best la join program ni..cuma biasa la, aku ni pemalu sikit..so, sorry la kalau aku macam tak friendly..

Konklusinya, bagi aku, kawasan ni memang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan camping kerana boleh kata tempat ni all in one.
sekian.....
KHAT
5:38 AM | Author: matgeo
Hari ni aku dapat pemberian yang cukup bermakna daripada seorang sahabat ni..walapun baru kenal, tapi memang banyak aku blajar daripadanya..
Dia ada ciri2 budak FPI yang aku hormati..slalu pi surau, banyak bagi nasihat, akhlak yg baik dan yg istimewa, pandai tulis khat..









Thanx..it mean a lot to me


PESTA BUKU ANTARBANGSA 2009
5:09 AM | Author: matgeo
Tadi aku dan zaidi telah bersama-sama ke KLCC dan PWTC untuk mencari buku..
Mula2 pi kinokuniya kat KLCC dan lunch kat sana..kebetulan lak terjumpa x-classmate aku masa skolah menengah kamil dulu..diorang datang dari kuantan nak tengok bola klate lawan selangor malam ni.. wah, memang smangat..camnepun aku harap gak red warrior menang malam ni..yelah, sape tak sayang negeri sendiri kan..


Miji dan afiq, x-kamilian.. mula2, aku pun tak perasan..cuma masa tengah berjalan aku dengar ada orang cakap kat belakang aku, "eh, budok ni srupo che ahmad"..terus aku tengok belakang..
then bermulalah sesi jejak kasih..huhu







lepas tu kitorang pun pi la PWTC.. mamang meriah dan ramai orang yang datang.. aku rasa bagus la sebab ramai gak orang melayu minat cari2 buku ni.. tapi tengok2 kedai majalah MOY jugak yang paling ramai orang.. promosinye, beli beg kertas RM 4.00 dapat majalah ujang 2 bijik.

Aku plak, takde la nak spend banyak sangat..cuma aku beli buku petrografi RM 2.00 dan buku pocket world in figures RM 10.00

terserempak ngan kumpulan raihan..bergambar sebelum diorang perform











Emm..esok last pesta ni, so, kalau sesapa still nak pegi silakankanlah..ni maklumat program:

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009
Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


Antara booth buku2 dari syarikat terkenal.
Kelebihan datang sini: banyak pilihan, murah, ada jugak penulis autograf buku, dapat cenderamata dan banyak buku2 terbaru










Bersama zaidi..thanks sebab bawak aku ronda2 kawasan KL tadi naik kete..what a valueble experience..
Nasib baik aku tak pegi sorang2 pesta ni..kalau tak boleh sesat gak dalam tu














aku rasakan perlunya orang melayu banyak membaca.. sekarang ni kita mudah terpengaruh dengan apa yang orang kata walapun tanpa bukti..yelah, mulut orang ni biasanya bukan leh percaya sangat.kadang2 banyak yang salah dari yang betul..
kalau takde duit nak beli buku, pinjamlah di perpustakaan..tak pun baca je laman web atau blog2 yg berkredibiliti

lagipun, ayat quran pertama yang diturunkan adalah Iqra=bacalah..menunjukkan pentingnya membaca.. so, fikir-fikirkanlah
Monyet
7:54 AM | Author: matgeo
Isu monyet di UKM memang menjadi bualan ramai. pertembungan dengan monyet memang tidak dapat dinafikan terutama bagi penghuni2 kuo dan kiy. Aku sendiri pun pernah dikejar sekumpulan monyet... puncanya, ada kereta langgar anak monyet, betul2 depan aku..pastu, maybe diorang ingat aku la yang patut dipersalahkan..aku pun dikejar dari pusanika sampai la blok kat UO..hmm...memang suatu pengalaman yang mencuakkan dan mencemaskan..
Tapi, aku takleh gak nak salahkan monyet2 ni sebab kita yang menceroboh habitat dia.
yelah, turun temurun inilah tanah tumpah darah, tempat diorang bermain..bak kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tanah air sendiri..

masa aku tangkap gambar monyet ni, dia tengah lepak luar bilik aku. tangan ngan kaki cam luka..tak pasti sebab apa..kesian je aku tengok...

Renungan matanya seolah mengatakan kepadaku bahawa dia juga makhluk tuhan yang mempunyai hak untuk merasai erti sebuah kehidupan...











jadi apa penyelesaian masalah ini?..entahle..maybe:
1. Monyet angkat untuk setiap student
2. Bagi je kepada zoo
3. Train dan jual kepada company pemanjat kelapa
4. Buat kolej khas untuk kediaman monyet
5. Buat institut kajian monyet

anyhow, kepada pihak yang bertanggungjawab silalah mainkan peranan anda untuk mengatasi isu ini sebaiknya...semoga berjaya
PRESENTATION POSTER TESIS
6:48 AM | Author: matgeo
Hari ni merupakan sesi membentangkan hasil penyelidikan tesis...kitorang akan bawak poster, sampel, foto lapangan, keratan nipis, fosil dll untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan2...berikut merupakan gambaran aktiviti:


para pelajar sedang menyusun dan menyiapkan meja masing2













amboi..macam bukak kedai kuih la pulak..











Pembentangan ni dibahagikan kepada sesi pagi dan petang.
emm..maybe aku leh kenalkan korang antara lecterer2 geologi yang ada:


dari kiri:

Prof. Madya Che Aziz -pakar geologi petroleum
Prof. Madya Dr Juhari - pakar remote sensing
Prof. Madya Dr. Kamal - pakar sedimentologi (merangkap ketua program geologi)









Prof. Dr. Rahim Samsudin- pakar Geofizik

bekas pengerusi pusat pengajian sains sekitaran dan sumber alam












Prof. Madya Dr. Tajol- pakar struktur dan geologi kejuruteraan












Prof. Dr Wan Fuad - pakar Mineral ekonomi

Dr Habibah- pakar sedimen kuarterner











Prof. Madya Dr. Anizan- pakar tanah













Prof. Dr. Shafea Leman - pakar paleontologi

orang kuat LESTARI dan penubuhan Langkawi Geopark











Prof. Dr. Ibrahim Abdullah - Pakar Geologi struktur

turut mengajar subjek pemetaan geologi










Prof. Dr. Basir Jasin- pakar mikrofosil


turut mengajar geologi sejarah dan geologi samudera










Prof. Dr Hamzah- Pakar petrologi

turut arif dalam penulisan artikel2 ilmiah dan analisa geokimia










n last but not least penyelia aku

Prof. Dr. Abdul Ghani Rafek- pakar geologi kejuruteraan










Kepada semua lecterer, terima kasih atas tunjuk ajar..mintak halal segala ilmu

n what can i say...presentation ni memang best..well done to all
MENJELANG FINAL EXAM
5:20 AM | Author: matgeo
wah..esok bermulalah musim exam bagiku..ingatkan nak abis2 ni makin sikit exam, rupenye lebey kurang je..takpelah, final sem.


nak2 exam ni maka mulalah rak dipenuhi buku2 n dinding dipenuhi dengan kata2 motivasi..
















Berikut merupakan jadual examku sem ini

20-exam poster tesis
21-exam viva tesis
22-exam pengurusan penyelidikan sains
24-exam Geologi sekitaran
27-exam penilaian formasi
30-exam Bahasa mandarin
n lastly 7hb 5, exam geosekitaran dan pembangunan

Dan di kesempatan ni...aku nak mintak maaf kat semua... samada salah yg kecik n besar..kalau ada tak puas hati sebab aku ada hutang duit ke, bagitaulah cepat2 ye, kalau duit ada nanti akan kusetelkan..

Aku juga nak mendedikasikan ucapan terima kasih kepada semua insan yg banyak membantu aku selama ini especially:

kepada keluargaku yang telah mendorong dan membantu aku sejak lahir lagi, jasa kalian tiada tolok bandingnya..

kepada warga2 UKM- lecturer2, kumpulan study grupku, geng2 badminton, budak2 geo, budak2 UO especially rumetku, geng2 makan malam, geng budak2 persatuan n budak2 surau dll...

Semoga kejayaan milik kita bersama
KEJOHANAN BOWLING PERDANA
5:02 AM | Author: matgeo
Firstly..aku nak ucap stinggi2 tahniah kepada PERDANA kerana berjaya menganjurkan pertandingan bowling td..main best, makan pun best..

















aku pun da lama tak main sbenarnye..tu yang banyak masuk longkang je..tapi ok la, ada gak double strike...takpe, pasni boleh la start main balik..
Anyhow, kumpulan2 yang bertanding terdiri daripada anak2 klate daripada berbagai fakulti..tak silap aku ada dalam 20 kumpulan..4 orang satu kumpulan..hadiah diberi keapda 3 pasukan terbaik, lelaki n wanita serta peserta terbaik, male n female..


masa baru turun dari bas..semua tengah excited..
siap bawak polistrin lagi, cam nak pi bekelah je kat bowling tu











masa nak ambik kasut pun da macam rusuhan..nasib baik takde orang bakar kaunter je..
biasa la..orang klantan ni semangat kuat









ni masa pertandingan rancak berlangsung..jange ingat ore klate tak pandai main bowling deh












"pekong molek weh..jangan semban situ dah.."

Camnepun, pin tak jatuh takpe...yang penting ada gaya..










Ni plak team aku....

fadil, syuk n abang leh
takpe..kalah tipis je..yang penting enjoy..









Teruskan usaha memartabatkan PERDANA..semoga terus berjaya...
SATU PERMULAAN
9:33 PM | Author: matgeo
Akhirnya..aku telah hantar tesis tadi..lega rasanya, sebab skarang aku boleh start pikir pasal benda2 lain....cuma aku kurang puas hati sebab aku rasa boleh buat jauh lebih baik dari ni..nasihat pada adik2, slalulah jumpe penyelia dan jangan tunggu nak hantar baru nak wat.

anyhow, aku akui sem 2 ni aku kurang pikir pasal akademik..maybe coz final sem, aku rasa nilah masanya untuk aku mengecap keindahan-keindahan yang ada di alam universiti...
cuma memang ajaib, hampir tiga tahun kat sini aku mampu bertahan untuk tak couple dengan sape2..alhamdullillah, allah masih menghindarkan aku daripada jalan maksiat..semoga aku terus diberi kekuatan untuk mengahadapi dugaan dan cubaan yang ada didepan mataku ini.

Kini, aku mula merenung hala tujuku selepas ini..aku bukanlah seorang yang kaya..3 tahun kat ukm ni aku jalan kaki je, berbanding most kawan aku yang sekurang-kurangnya ada motor..trima kasih la kepada kawan2 yang selalu menolong dan menyokong aku..kalau rezeki aku murah nanti, jangan risau..aku takkan lupakan korang..at least bila aku baca blog ni balik aku akan ingt semula kata kataku ini..harap kita boleh jumpe lagi pas grad nanti


Pendakian ke puncak memerlukan kita mendongak keatas, namun jangan lupa menoleh kebelakang kerana sesungguhnya kadangkala apa yang kita tinggalkan lebih bermakna daripada apa yang kita cari.

















Baiklah..walau apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan..skarang nak pikir pasal exam lak and benda2 yang perlu disetelkan untuk grad n mintak kerja..ok, my friends.. zai jian
BUKIT TAGAR SANITARY LANDFILL
2:15 AM | Author: matgeo
Bukit Tagar ni merupakan kawasan pelupusan sampah terindah kat malaysia..ianya dibina untuk melupuskan sampah penduduk sekitar KL dan bermatlamat menjadi landfill terunggul di rantau ini...
Dibina atas usahasama Berjaya-KUB, tempat ni menjadi lokasi pilihan untuk lawatan budak-budak geosekitaran, yang diketuai oleh lecterur kami Prof . Madya Dr. Wan Zuhairi

masa nak bertolak..tengah excited ni..terima kasih kerana ramai yang membawa jajan semasa field work..rumpai laut tu antara yang paling best










Geologi penting dalam pemilihan tapak landfiil. ini kerana lapisan tanah tersebut mestilah telap untuk memastikan air daripada sampah tidah mengalir turun masuk kedalam air bawah tanah.


ni kawasan tapak pelupusan yang aktif. sampah akan ditutup setiap hari. ini mengelakkan serangga dan bau yang tidak diingini.













menguji kualiti air yang dilepaskan daripada kawasan pelupusan sampah. air ini akan digunakan sebagai baja untuk ladang sawit dan getah disekitarnya









emm..disini aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Dr. wan kerana bersusah payah wat field work ni. By the way, Dr wan ni antara lecterer kegemaran aku. aku suka nota dia yang mencukupi dan updated. Besides that slide show masa kuliah banyak gambar dan video.
dan tak dinafikan, merangkap member kepada abang aku, memang dr wan menjadi inspirasi dan dorongan aku untuk belajar dengan rajin sepanjang 3 tahun berada di program geologi..thanks a lot




student- student geosekitaran..
semoga kita semua menjadi manusia-manusia yang peka terhadap alam sekitar.











maklumat lanjut tentang lanfill ni boleh lawati laman web dibawah:
http://www.kbenviro.com.my/
Tesis o tesis..kenapa la dulu aku tak rajin nak wat kau cam skarang ni...hmm..takpelah, bak kata kawan lama aku 'let bygone be bygone'...anyhow, tesis aku hantar lewat sikit, iaitu isnin ni supaya aku dapat menggunakan weekend ni sebaiknya..yelah, aku rasakan perlunya untuk ku buat tesis yang terbaik, yang bakal menjadi tatapan juniorku selama berpuluh-puluh generasi yang akan datang..

Ok..skarang beralih kepada tajuk blog ni..smalam PMFST menganjurkan program keagamaan yang cukup bermakna..antara pengisiannya adalah ceramah bertajuk usaha, doa dan tawakkal..yup, kita manusia mampu merancang namun ketentuan tuhan juga yang terjadi..hendaklah sabar menerima dugaan dan hendaklah bersyukur menerima kegembiraan.

Then, kitorang berbuka puasa beramai-ramai...makan dalam talam..last aku ingat makan dalam talam masa kat masjid di bulan ramadhan yang lalu.. lepas selesai menjamu selera, kitorangpun solat magrib dan solat hajat secara berjamaah..selepas itu, kitorang mengalunkan surah yasin beramai-ramai, dipimpin oleh YDP PMFST iaitu En. waliyudin..lepas smayang isyak lak ada tazkirah oleh MPP merangkap mantan YDP PMFST iaitu saudara Arip Misrol..


Seperti biasa..makanan merupakan daya penarik terbesar sesuatu program..makanan semalam memang sedap..nasi goreng berlaukkan ayam berairkan sunquick berbuahkan tembikai











Antara peserta-peserta muslimah yang hadir....program sebegini selalunya menjadi tempat yang terbaik mencari calon-calon













emm..ni plak sesi amali perkahwinan..amboi,tak sabar2 nampaknye brader ni nak kawen












Begitulah sedikit sebanyak..emm..cuma pesanan kepada sahabat-sahabatku, sesibuk manapun kita..indah dibuai hidup yang sementara..jangan dilupa tujuan kita..agar dunia dan akhirat kita berjaya.
TAMAN NEGARA MERAPOH
5:16 AM | Author: matgeo
Akhirnya aku telah menjejakkan kali ke taman negara beberapa hari yang lalu..lumpur dikasut pun masih belum sempat basuh lagi..anyhow, this is one of the most useful program i have joined. it's the combination of leadership, friendship, adventure and enviromental awareness.
Program anjuran i-cluB ini mendapat sponsor daripada General electric(GE), Perhilitan dan UKM.












lebih daripada sekadar bejalan-jalan, semasa kem ini aku menyedari peranan sebenar kita sebagai mahasiswa adalah menyumbang idea dan tenaga untuk menjaga alam sekitar dan membantu masyarakat luar.
Aku rasa cukup bertuah kerana terpilih dalam rombongan yang cukup unik ini. 2 orang urusetia, seorang pensyarah iaitu Dr. kalai dan 2 orang tutor iaitu kak a'an dan kak dilah. selebihnya peserta iaitu 2 orang lelaki dan hampir 20 orang perempuan.

Terdapat dua pintu masuk ke Taman negara sebenarnya. Selain laluan di Kuala Tahan yang terkenal terdapat juga pintu masuk di merapoh. Merapoh ni pun best gak, tetapi kurang dikenali oleh orang ramai.
So, apa yang istimewa di taman negara pintu merapoh ni?? banyak.. antaranya :
- terdapat 2 rintis yang mengandungi pokok2 berlabel
-Rintis gajah yang menjadi laluan gajah. rintis ni menuju ke Gua gajah. sepanjang jalan dapat jumpa banyak kesan laluan gajah dan tahi gajah.
-kolam pembiakan ikan kelah dan santuari ikan kelah
-kemudahan yang mencukupi untuk kem..ada chalet, campsite, dewan makan dan bilik seminar berhawa dingin
-padang dan tempat parking yang luas
-keselamatan terjaga oleh pegawai perhilitan
-bumbun untuk memerhatikan binatang pada waktu malam
-menara tinjau seraya
- ada 'roller coaster ride' using 4 whell drive
-kalau nak daki gunung tahan, lalu pintu merapoh ni lagi dekat berbanding dari Kuala Tahan
-ada sungai tepi tempat penginapan. sesuai untuk mandi manda
-kalau dibandingkan antara kuala tahan dan merapoh, penginapan di merapoh jauh lebih murah.

Tempat tidur..nyamuk takde..mampu tidur dengan nyenyaknye


















Depan dewan makan..sebelum bertolak..tengah semangat ni













Rintis gajah..one of the best jungle trekking trail.












Terdapat berbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat. cuma kat sini aku share apa yang kitorang sempat buat sepanjang kami di Taman Negara Merapoh ni :


canopy walk..bergambar bersama uncle2 dari gunung tahan













wa..bestnye air kat sini...patut la ni antara kawasan yang masih ada ikan kelah kat malaysia ni..special tribute to mun, my official photographer for the programe..nice picture



















Berjiwang sambil melihat pemandangan indah dari menara seraya..boley tengok sampai gunung tahan









nama gua gajah ni diambil sempena arca berbentuk gajah ni..cam real la...
Batu kapur ni termasuk dalam formasi Gua Musang rasanya.. dan aku jumpe beberapa bukti menunjukkan kewujudan fosil dan coral kat gua ni...very intresting








antara peserta..mostly student2 master













Bersama brader pijo menjamu ikan kelah













Kat bangunan Bumbun..kawasan untuk melihat binatang2 liar terutama pada waktu malam













Bersama tourist guide yang sporting dan boleh diharap. terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan










ok..nilah peserta2 program..yang benda kat depan tu menara yang dicipta oleh setiap grup..yg bestnye, sepanjang program kami work as a team..walaupun ada berbagai kaum

group A













group B












Ok..ni lak antara best aktiviti iaitu 'melabel pokok'
kitorang akan label pokok-pokok yang dijumpai sepanjang trail ni..




So, kepada sahabat- sahabat lepas ni boley la beramai-ramai wat trip ke Taman Negara Merapoh ni

Cuti Cutilah di Malaysia