PRESENTATION POSTER TESIS
6:48 AM | Author: matgeo
Hari ni merupakan sesi membentangkan hasil penyelidikan tesis...kitorang akan bawak poster, sampel, foto lapangan, keratan nipis, fosil dll untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan2...berikut merupakan gambaran aktiviti:


para pelajar sedang menyusun dan menyiapkan meja masing2













amboi..macam bukak kedai kuih la pulak..











Pembentangan ni dibahagikan kepada sesi pagi dan petang.
emm..maybe aku leh kenalkan korang antara lecterer2 geologi yang ada:


dari kiri:

Prof. Madya Che Aziz -pakar geologi petroleum
Prof. Madya Dr Juhari - pakar remote sensing
Prof. Madya Dr. Kamal - pakar sedimentologi (merangkap ketua program geologi)









Prof. Dr. Rahim Samsudin- pakar Geofizik

bekas pengerusi pusat pengajian sains sekitaran dan sumber alam












Prof. Madya Dr. Tajol- pakar struktur dan geologi kejuruteraan












Prof. Dr Wan Fuad - pakar Mineral ekonomi

Dr Habibah- pakar sedimen kuarterner











Prof. Madya Dr. Anizan- pakar tanah













Prof. Dr. Shafea Leman - pakar paleontologi

orang kuat LESTARI dan penubuhan Langkawi Geopark











Prof. Dr. Ibrahim Abdullah - Pakar Geologi struktur

turut mengajar subjek pemetaan geologi










Prof. Dr. Basir Jasin- pakar mikrofosil


turut mengajar geologi sejarah dan geologi samudera










Prof. Dr Hamzah- Pakar petrologi

turut arif dalam penulisan artikel2 ilmiah dan analisa geokimia










n last but not least penyelia aku

Prof. Dr. Abdul Ghani Rafek- pakar geologi kejuruteraan










Kepada semua lecterer, terima kasih atas tunjuk ajar..mintak halal segala ilmu

n what can i say...presentation ni memang best..well done to all
BUKIT TAGAR SANITARY LANDFILL
2:15 AM | Author: matgeo
Bukit Tagar ni merupakan kawasan pelupusan sampah terindah kat malaysia..ianya dibina untuk melupuskan sampah penduduk sekitar KL dan bermatlamat menjadi landfill terunggul di rantau ini...
Dibina atas usahasama Berjaya-KUB, tempat ni menjadi lokasi pilihan untuk lawatan budak-budak geosekitaran, yang diketuai oleh lecterur kami Prof . Madya Dr. Wan Zuhairi

masa nak bertolak..tengah excited ni..terima kasih kerana ramai yang membawa jajan semasa field work..rumpai laut tu antara yang paling best










Geologi penting dalam pemilihan tapak landfiil. ini kerana lapisan tanah tersebut mestilah telap untuk memastikan air daripada sampah tidah mengalir turun masuk kedalam air bawah tanah.


ni kawasan tapak pelupusan yang aktif. sampah akan ditutup setiap hari. ini mengelakkan serangga dan bau yang tidak diingini.













menguji kualiti air yang dilepaskan daripada kawasan pelupusan sampah. air ini akan digunakan sebagai baja untuk ladang sawit dan getah disekitarnya









emm..disini aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Dr. wan kerana bersusah payah wat field work ni. By the way, Dr wan ni antara lecterer kegemaran aku. aku suka nota dia yang mencukupi dan updated. Besides that slide show masa kuliah banyak gambar dan video.
dan tak dinafikan, merangkap member kepada abang aku, memang dr wan menjadi inspirasi dan dorongan aku untuk belajar dengan rajin sepanjang 3 tahun berada di program geologi..thanks a lot




student- student geosekitaran..
semoga kita semua menjadi manusia-manusia yang peka terhadap alam sekitar.











maklumat lanjut tentang lanfill ni boleh lawati laman web dibawah:
http://www.kbenviro.com.my/
KAJIAN PETROGRAFI
4:11 AM | Author: matgeo
Waa..lamenye aku tak tulis blog..sebab minggu ni n 2 minggu akan datang merupakan masa yg aku akan bertungkus-lumus menyiapkan tesis...
Tajuknya: Penilaian hakisan di kawasan Hulu Kelang, Selangor..

Hmmm...hari ni maybe aku boleh share antara lab work yang aku kena wat iaitu kajian petrografi. kajian ni memerlukan aku membuat sampel dalam bentuk keratan nipis @ thin section. kemudian tugasku adalah mencerap sampel tadi dibawah mikroskop petrografi...bunyinya macam mudah, tapi memerlukan kemahiran, kesabaran dan ilmu yang tinngi sekali.

ni proses memotong batu kepada bentuk yang cantik seperti yang diingini.
lepas potong ni ada lagi proses yang kompleks diamana batu tersebut perlulah dilekatkan pada slaid kaca.
Then batu itu dinipiskan sehingalah mencapai lebih kurang 30 micron meter.








Pencerapan dibawah mikroskop ni antara kegemaran aku. 'rocks can be so magneficent under microscop'.
jadi, tugasku adalah :
1. kenal mineral yang ada
2. anggar peratus mineral
3. kenalpasti
-hubungan antara mineral..cth: mana yg trbentuk dulu.
-batu ni berasal dan terbentuk kat mana



Akhirnya, inilah antara gambar sampel-sampel aku yang telah berjaya disiapkan.



Syis Formasi Dinding













Granit Banjaran besar











kajian petrografi bagi aku merupakan ilmu asas sebagai geologist..such a shame if we can't identify them...

"Batu..makhluk diam yang tidak berkata-kata, namun memberi jawapan tanpa perlu berbicara"
KERJA LAPANGAN GEOLOGI
5:07 AM | Author: matgeo
Memandangkan nama blog ni Matgeo, jadi aku merasakan perlunya untuk aku berkongsi tentang pengetahuan geologi kerana bagiku ilmu geologi, iaitu ilmu mengenal bumi merupakan ilmu basic yang perlu dimiliki oleh setiap orang.
Jadi aku akan memulakan dengan asas pembelajaran dan perolehan ilmu geologi iaitu melalui kerja lapangan.

Dalam Field work ni, kita memerhatikan alam sekeliling dan mentafsir:
- apa yang telah berlaku
- apa yang akan berlaku
-bagaimana unutk menganbil iktibar dan keuntungan daripada apa yang telah berlaku

Di mana- mana kerja lapangan, perkara berikut perlulah diperhatikan:
-Lokasi
-batuan
-struktur
-geomorfologi
-Fosil

Lokasi
1.Lokasi merupakan tempat dimana cerapan dilakukan
2.Tempat cerapan boleh ditentukan dan ditanda dalam peta menggunakan bantuan GPS, kompas ataupun maklumat topografi


Pelajar menanda lokasi dan cuba melukis singkapan yang diperhatikan serta cuba meramal apakah yang telah terjadi di kawasan tersebut















Batuan
1.Batuan merupakan bahan bumi yang didapati di kawan kajian
2.Batuan boleh dikelaskan kepada batuan Igneus, metamorf dan sedimen mengikut cara pembentukannya
3.Sampel batuan biasanya diketuk dengan tukul dan diambil sebahagiannya untuk dianalisa di makmal

aspek yang diperhatikan:
-saiz butiran
-warna
-corak pada batuan
-mineral yang terkandung
-komposisi mineral

batuan ini merupakan batuan metamorf
dan secara tepatnya dinamakan syis kuarza mika





Struktur
1. Struktur boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan cara pembentukannya iaitu:
- terbentuk semasa batuan itu terjadi
- terbentuk akibat aktiviti pergerakan bumi selepas batuan itu terbentuk
2. Bacaan yang diambil adalah saiz dan arah, dengan menggunakn kompas dan pita pengukur.

hmm..mesti korang pernah lihat corak ni..cuba teka ni struktur apa?

sebenarnya ni merupakan kesan riak yang terbentuk kat kawasan pantai. Jadi, daripada maklumat ni kita dapat tahu arah aliran air laut dan kawasan asal batu ni terbentuk







Ni pulak merupakan struktur selepas batuan terbentuk. Dapat diperhatikan jaluran mineral putih tersebut telah terputus akibat pergerakan batuan.
Pergerakan ini dipanggil sebagai sesar


"sesar songsang yang telah memotong mineral kalsit pada batu kapur Formasi Setul dengan anjakan sebanyak 5cm"











Geomorfologi
1.Geomorfologi merupakan bentuk muka bumi kawasan tersebut.
2. Bentuk ini membolehkan kita meramalkan jenis batuan, kawasan batuan ini terbentuk DLL

kat background tu kita dapat lihat satu bukit. Itu merupakan bukit batu kapur yang dikenali sebagai Mogot.
kita dapat kenal bukit batu kapur kerana biasanya ia terpisah-pisah dan mempunyai cerun yang curam serta daripada warna batu dan tanahnya.







Yang ruang kosong tempat kitorang duduk ni juga merupakan morfologi pada batu kapur. Namanya takik laut. Ianya terbentuk hasil daripada hakisan ombak. Jadi, struktur ni boleh digunakan sebagai penanda aras air laut zaman dahulukala










Fosil
1.Fosil merupakan hidupan kuno yang terawet dalam batuan samada haiwan ataupun tumbuhan
2. Gambar fosil perlulah diambil dan fosil tersebut haruslah dikenalpasti jenisnya

Ni merupakan fosil moluska. sedara2 tiram la lebih kurang. fosil amat penting bagi menentukan usia batuan dan sekitaran pengendapan










aku harap post ni dapat memberi gambaran sedikit sebanyak kepada ilmu geologi dan kalau korang ada soalan, silakanlah bertanya.

"Geologi..ilmu mengenal pencipta"