MAP 2009
8:11 AM | Author: matgeo
Thank god aku sempat gak merasa diner anak kelantan ukm baru-baru ni...almost 3 years of waiting..by da way, MAP merupakan singkatan bagi malam anugerah perdana

Bertempat di danau UKM, diner kali ni agak special..selain ni antara diner yang aku makan paling sikit, ianya merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke ukm setelah kluar 3 minggu yg lalu..
hmm..berikut disertakan beberapa gambar yang kurang nilai komersil tetapi cukup untuk menggambarkan apa yg berlaku pada malam itu



Anyhow, thanks 4 da award and invitation...congratulation kepada semua yg terlibat..
I think the dinner was very meaningful
KENDURI RUMAH DR ZAITON
4:19 AM | Author: matgeo
Tahniah kepada anak Dr. zaiton yang selamat diijab kabulkan tadi.
Aku dan beberapa budak geologi lain berkesempatan meraikan hari yang cukup bersejarah ini.
hmm..tak perlu cerita panjang, tengok je gambar2 kat bawah ni ye























cuma tak sempat nak tengok pengantin je..anak2 Dr pun tak sempat kenal semua..
camnepun makanan memang best..siap ada cendol lg..cukup berselera huhu

hmm..sape la budak geo yg first kawen..kalau ikutkan da ramai yang kapel satu batch..
takpe, we'll wait n see hehe...
EKSPEDISI CAMERON HIGHLAND 2009
2:50 AM | Author: matgeo
Maaf kerana lama tidak mengupdate blog..smlam baru je balik daripada Cameron Higland..
hmm..da masuk kali ke-4 rupenye aku pi cameron sjak masuk UKM.. tapi aku tak rasa boring lagi..maybe sebab peserta yang pegi lain-lain...tambahan pula, there's many special thing about that place, especially for nature lovers like me..
Lawatan ni dihandle oleh anak klantan (PERDANA)..bayaran murah je RM25 merangkumi penginapan, makan dan tiket..
Camnepun kali ni aku banyak spend masa ngan budak2 geologi dan adli, bestfrenku kat UO..
ok..lets have a look what happen there:

Masjid Tanah Rata

kitorang sampai sini dalam kul 6 pagi..solat subuh dan breakfast kat sini..

kat bawah masjid tu ada taman bunga dan padang..







MARDI

well this one stop centre offer all main attraction in cameron..
-european style buildings
-tea plantation and factory
-flowers, fruit plant and cactus
-cafetaria
-strawberry

by da way..dua orang international student join kitorang sepanjang xpdc ni iaitu elco dan marry..Nice to have you two along the journey





Homestay Taman Sedia

kitorang menginap kat marina chalet..kawasan ni didiami mostly oleh orang melayu..

bilik disini cukup selesa dan ada shower heater..bayaran yang dikenakan considerably cheap






Taman Rama Rama

bukan stakat rama2 je ada kat sini..ular, cicak dll turut dipelihara..bayaran RM 3...

walaupun rama-rama ni nampak cantik..tapi berhati-hatilah coz pernah dulu sweaterku hampir dinajisi olehnya











Arked peladang

hmm..aku suka kedai ni sebab:
-banyak sampel makanan untuk dicuba
-landskap dia lawa especially kincir air kat depan kedai tu
-ada tempat rehat kat dalam kedai
-gula2 kapas yang segar dari mesin











Cactus point

macam2 cactus ada kat sini...tak perlu bayar tiket masuk, compared to cactus valley yg kena bayar tak silap dalam RM4














Jungle Trekking

haha..tak sangka jadi guide lak..thanx 4 da trust
Aku suka trek kat sini sebab agak complete..boleh jumpe watch tower, boleh lepak kat puncak bukit, ada waterfall, melintas jambatan gantung

Then kitorang breakfast kat taman dan main game










Cameron Valley

ladang teh di tepi jalan yang memang mengasyikkan dan mendamaikan..
aku suka beli teh yang harga RM1 kat kedai atas tu, then minum sambil jalan2 disekitar ladang..

masa kitorang pegi tu, ada plak orang wat shooting drama kat bawah kawasan waterfall tu..jadi kami dihalau dengan hormatnye..








Lake House

hmm..lot have change..
masa aku first datang sini 6 tahun dulu, kawasan ni memang lawa..tasik membiru, teratai terapung, kabus berlegar..

But i still like to come here becoz it remind me of my friends from mrsm..

by da way..ni merupakan antara empangan terawal yang dibina di Malaysia dan kat kawasan ni ada resort lakehouse yang merupakan antara resort termahal di cameron






Lata Iskandar

air terjun yang agak popular..ada kedai kraftangan yang banyak disamping kedai makan dan tandas..

Di air terjun ni anda boleh bermandi-manda unless anda segan coz kurang privacy sikit tempat ni










Then kitorang pun betolak pulang ke ukm..



i thinks its never too late to say that i am happy to be here in this program with you all..










kat xpdc ni aku semakin memahami erti cinta..tapi bukan pengalaman aku sendiri la..mostly from my member in da program..cinta itu menggembirakan, tapi kadangkala ianya menghancurkan perasaan...jangan mengharapkan lebih daripada yang sepatutnya..

well..love is not to be gived..but shared
Program ini telah diadakan di Hotel Istana KL..bagus la sebab aku rasa da lama tak kluar KL, especially kawasan Bukit Bintang. Ini merupakan kali pertama pelajar undergraduate dilibatkan dalam program ini.. ianya sebagai pendedahan tentang industri perlombongan di malaysia..sebanyak 3 buah universiti yang mempunyai program geologi menghantar wakil iaitu UKM, UM dan UMS.


peserta:
affan,lin,farhana, farah,akma, me, amir, arai n
raqib(photographer)









kitorang diberikan talk pasal organisation ni, then pasal peluang kerjaya n lastly pasal tugasan geologist dalam JMG (jabatan mineral dan geosains)


hmm..memang banyak yg best...
makanan of course..
then dapat jumpe balik ngan 3 orang budak2 matrik kedah..
talk tu memang cukup informatif














Bergambar bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar- Yb Tan Sri Joseph Kurup

haha..dapat gambar camni pun jadilah













sesiapa yang berminat pasal industri mining kat malaysia bolehlah dapatkan maklumat di
http://www.mcom.com.my/index.html

konklusinya bidang perlombongan akan semakin hangat selepas ini..aku pun da mula tertarik nak join bidang ni..tapi camnepun, my focus still in petroleum for now..tgklah camne nanti
XPDC GUNUNG STONG
6:32 AM | Author: matgeo
Xpdc ni bukan sekadar perjalanan fizikal bagi aku..namun, ianya lebih kepada perjalanan emosi dan perasaan...
program ini merupakan kali terakhir aku berpeluang menatap wajah, berkongsi susah senang..suka duka.. bersama dengan sebahagian sahabat2 geologi sepertimana yang telah biasa kami lakukan sejak tiga tahun yang lalu...

Baik..Inilah coretan kisah kami di gunung stong:

breakfast di bandaraya Dabong..














memulakan perjalanan memasuki gua

-semak2 yang baru diclearkan camni memang banyak kerengga..so, watch out..













terpakse menyurut n merangkak untuk melalui lubang ni..tulah, aku pun pelik camne la man boleh lepas..


















Di muka Gua Keris..siap jumpe kulit siput lagi kat bawah tu











Bersiap2 untuk mendaki..nampak tak air terjun kat belakang tu..di pucak air terjun tu la kem kitorang


masa ni tengah agih makanan untuk setiap grup.nak sampai kat kaki gunung kitorang kena naik van








Grup 1..man n the geng

man, kodi,shahril,wani, athi, atilia, k.bai, syafik..
2 org lg x dpt dikenalpasti















huhu..beg berlebihan muatan sampai ada yg putus tali..camnepun gitar mesti dibawa bersama












wah..berbaloi lalu jalan ni...memang aku respek ah orang len yg bawak beg besar2













Dah sampai kem pening kepala nak masak apa..
takpe chef laila n chef tangkas ada











tengah gotong royong memasak..













n this one..kalah candle light dinner..

makan dalam kesejukan malam, bunyi air terjun, kongsi makanan ramai2...just nice










di puncak air terjun bersama hasan sewaktu matahari masih berselimutkan kabus..


rasa macam dalam citer raja monyet tu...duduk lepak atas awan..








Pendakian ke gunung stong pada hari kedua

tengah berehat n minum air..
air sungai dah sedap..air sunquick lg la sedap










Di puncak gunung Stong...

Afan, memang penghibur sejati











jungle trekking ke air terjun pada hari ketiga..

pakai jaket keselamatan tu..memang slamat lah











amboi..hepinya masuk gambar..

camnepun, ni antara sebab aku suka tangkap gambar..kamera mampu mengubah ekspresi muka seseorang dengan sekelip mata..
yang tak penah2 nak tegur pun tetiba je nak bebaik ngan kita












jejaka geologi yang sasa2

lokman, amir, tangkas, man, shahril











semangat tolong menolong merupakan budaya yang hidup subur dikalangan pelajar2 geologi

laila..antara budak2 geo yg first aku kenal..
Satu kuliah kat matrik..tak sangka blajar ngan kau lg ek smpai skarang















melalui 'gua' granit

hmm..yg depan tu aku tak ingat nama..tapi khabarnye slalu main futsal ngan girls2 geo.
camnepun, yg melemparkan senyuman teramat manis sebelahnya tu cik O.P...







akhirnya sampai..bukak la bekal nasi goreng tu

khabarnya ada orang tak puas hati coz aku pass kotak nasi tu mintak diorang tolong bawak..
bajet injured la..tgk2 nak ngorat pompuan..haha

sorry la..lutut aku memang sakit, tapi itu x menghalang aku nak tgur kawan2 aku kan..especially budak2 bukan geo yg beria2 nak ikut xpdc ni..



pakailah jaket..bak kata member geologi lama aku, saudara hanif
"dont take unnecessary risk"











wah..hensem2 budak geologi...

3 tahun berjalan2 dan mengembara ke sepelusuk semenanjung telah mematangkan banyak budak2 geo..macam2 pengalaman ada...









tengah kemas kawasan camping..setiap sampah yang dibawak naik hendaklah dibawa turun

tapi aku still musykil, takleh ke bakar je sampah tu..any explanation?









berkumpul sebelum bertolak pulang..sesi bergambar n penyampaian sijil

thanx to altitude yg handle xpdc ni..boleh la contact diorang

http://altitude2u.multiply.com/
(promote sikit)







wah..lega akhirnya da sampai bawah..

peluh..jus sampah..smua ada
sampai2 bawah tu lega dapat mandi
















ketua rombongan menyampaikan syarahannya

gadis2 ngan aksi poyo kat blakang-
wani cirit, laila, wani UO, sarad, atilia









sesi sharing is caring..
jangan la sedih sangat weih..











emm..ada gak peserta len dah upload gak gambar dalam blog diorang blh lah bukak blog cik yana
http://fitnunnisak87.blogspot.com/2009/05/expedisi-gunung-stong.html

thanks kepada organizer n semua yg terlibat...budak2 geo yg tak folow xpdc ni tanpa sebab yg munasabah aku rasa mmg rugi la..

anyhow,kepada semua sahabat2, walaupun hanya 3 tahun bersama...kenanglah pengalaman kita bersama..biarlah ia memberi erti untuk selamanya..maafla kalau aku ada tnampak cam sombong atau membuat muka cam takde perasaan..

seperti biasa aku akhiri dengan kata2 berikut:

meeting you was fate, becoming ur friend was choice, but seperated from you was completely out of my control...nice to know you all
MALAM TAUTAN SAINTIS MUDA (MTSM)
5:25 AM | Author: matgeo
MTSM ni kiranya macam dinner untuk budak2 FST la...first year buat kat Danau ukm, 2nd year kat Kagumas bangi n 3rd year pun kat kagumas....


masa first year bersama2 senior














masa second year..bersama junior










3rd year takde gambar lg....sesape ada gambar tak? please kindly inform me k..

cuma kalau boleh aku nak komen sikit pasal beberapa perkara:

Participitation-kebanyakan pelajar cemerlang melayu kurang berminat untuk hadir. masa kat kagumas, yg naik bas ngan aku 2 orang je melayu..
Makanan- hmm..makanan kurang mencukupi..ok la, bayar rm 10 je..but for a night of appreciation for our performance, it should be better
Ceramah-entahle..rasa cam tak sesuai lak ada ceramah masa dinner..n aku rasa appearance penceramah masa tahun ni agak tak sesuai..tetiba aku rasa macam tengah dengar ceramah pas pulak
Kemudahan-well, nak smayang susah..i think the organizer should think ahead about the problem..

This is how i see the situation..hope something could be done after this..
anyhow, thanx 4 the programe.. i always look forward to attend this dinner..
PERASMIAN MASJID KG NARA
4:37 PM | Author: matgeo
Akhirnya aku sampai balik kat ukm pagi smalam...study jap, then tido..
tapi entahle..apa la yg aku jawab masa exam tgahari tu...soalan senang je sbenarnye, tapi rumus tak ingat lak..seperti biasa, aku menyesal tak study awal2

emm..oklah, masa aku balik kg ada la majlis sikit..sultan kelantan datang rasmi masjid baru kat kg aku...yang bestnye makan gulai kawah..dekat 7 kawah gulai gak yg dimasak..siap ada buat air asam lg..


masjid baru yg menggantikan masjid lama yang kecil













sultan menyampaikan cenderamata kepada imam. lepas tu sesi bersalaman ngan penduduk kampung











keberangkatan pulang..












oklah.wat tesis lak..mingggu depan da kena hantar yg bejilid
EKSPEDISI GUNUNG ANGSI
6:15 AM | Author: matgeo
Gunung Angsi terletak di kawasan Ulu Bendul, Negeri sembilan... ekspedisi ni aku join atas jasa baik rumet aku merangkap VVIP kelab BKRS..
Walaupun aku duk UO 3 tahun, aku rasa tak ramai yang perasan kewujudan aku sebab aku tak join satu kelab pun masa duk kat UO...just tumpang2 program je... so maybe tak hairan la jika ramai tertanya2 mamat mana lak tetiba menyibuk join xpdc ni..takpe, aku pasrah.

Ekspedisi ni berlangsung 3 hari 2 malam..berikut antara aktiviti yg dilakukan:


Jungle trekking..start dalam kul 8pg..sampai puncak dalam kul 12..then lepak2, makan nasi..
pastu turun balik, sampai dalam kul 4 petang

trail dia macam ada dua fasa..first landai je..then, akan start mendaki, sampai la kat puncak..













Antara tempat yang paling mencabar..pakai tali satu hal.. then, debu masuk mata... tanah plak pasir licin..

By the way..kawasan ni batuan granit, sebab tu tanah dia kurang berselut













Di puncak Gunung Angsi...
salah satu tema adalah konservasi alam. so sampah sarap memang kitorang jaga betul2 masa program

bak kata pepatah:
"take nothing but pictures, leave nothing but footprints"






Malamnye..
standard la, makan BBQ..
Which is my favourite activity, n tukang pembakar is my favourite job...










Ultraman Mat nak abseiling..

lama tak abseiling, last masa kat q-ber..
anyhow, memang tak puas hati coz dapat try skali je..
maybe rumah aku nanti consider letak tali abseiling ni..cam best gak..boley main puas2













Water confident

mula2 aku ingat ni sempoi je...stakat berenang kan..
rupenye2, tahap kesejukan air melampaui jangkaanku..menggigil kesejukan la dalam air tu







Begitulah antara aktiviti disini..budak2 bkrs ni memang sempoi, best la join program ni..cuma biasa la, aku ni pemalu sikit..so, sorry la kalau aku macam tak friendly..

Konklusinya, bagi aku, kawasan ni memang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan camping kerana boleh kata tempat ni all in one.
sekian.....