Permatang kuarza klang gate
8:02 AM | Author: matgeo
Permatang kuarza klang gate ni merupakan permatang@bukit kuarza yang tepanjang dan terbesar di dunia
kuarza (SiO2) ni mineral yang lazim..biasa sesetengah jam dia ada tulis quartz movement, sebab sifat pizoelektrik dalam kuarza ni berfungsi dalam mengerakkan jam tu

memang satu pengalaman best daki permatang ni..kat sebelah utara, kita dapat tengok tasik hulu kelang, yang membekalkan sumber air utama untuk KL..dan sebelah selatan kita dapat tengok bandar KL dan kawasan sekitar temasuklah rumah2 orang kaya seperti pengarah filem dan drama tekenal dato' yusuf Haslam..masa kat atas tu memang syok..tambah pulak kalau bawak bekal makanan,best je bekelah kat atas tu..tapi make sure sampah jangan buang merata-rata,simpan bawak balik..memang ni kawasan tumpuan hikers termasuklah mat n minah saleh.

Ok, nak naik kat atas ambik masa dalam 3 jam..tapi kalau dalam grup besar maybe makin lambat..korang ada dua pilihan samada nak jalan terus sampai hujung or nak patah balik..kalau nak jalan terus je nanti kat atas tu korang akan jumpa kincir angin..nak lalu kincir nagin ni kita kena gunakan tali untuk turun..so, most pengunjung dia akan pegi sampai situ je..then patah balik.


Tempat ni memang sesuai bagi orang yang sukakan cabaran..tapi amat tak sesuai bagi orang yang gayat coz cerun dia memang curam..lagi satu kalau nak kenal mineral kuarza kat sini la tempatnya kita dapat tengok bentuk yang lawa2..kalau kita perhati betul2 pasir-pasir putih kat atas tu bentuk dia tak sama ngan pasir pantai.



Kelengkapan, standard ah untuk daki bukit..especially kasut, topi dan air. Selain itu, aku cadangkan bawak binokular untuk lebih hayati keindahan alam. digalakkan gak pakai glove@sarung tangan sebab batu2 kat sini tajam2...kalau da penat2 daki tu, ambik la masa untuk berehat..jangan paksa diri sangat coz kalu da tegelincir memang bahaya...lepas2 da enjoy kat atas tu, kalau terasa nak mandi ada sungai yang jernih airnya kat bawah empangan tu..
Konklusinya Malaysia ni banyk tempat menarik, jadi marilah sama2 kita menerokainya..jom kita Cuti2 Malaysia!!