GEMPA BUMI DI MEKAH
11:20 PM | Author: matgeo

Hari ni diberitakan telah berlaku gempa bumi di mekah..marilah kita bersama ikuti petikan akhbar berikut:

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

memandangkan mekah ni tempat suci orang islam maka bermacam2lah crita yg timbul..nak kiamat la..tambah lak perihal bau yang tidak menyenangkan itu..

Camnepun mari kita tinjau dari perspektif geologi


mekah terletak dalam plat arab yg secara umumnya bergerak kearah timur laut..terdapat sempadan mencapah iaitu di laut merah dan sempadan menumpu yang membentuk pergunungan zagros di Iran di sebelah timur

Gempa bumi lazim terjadi di sempadan menyisi (hijau) dan sempadan menumpu (ungu)

entahle..aku nak komen lebih2 pun bukan terer sangat..kang bg ajaran sesat lak..



hmm...apa pendapat korang?

This entry was posted on 11:20 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On May 21, 2009 at 1:06 AM , Anonymous said...

Insyaallah tak la kuat sangat gempa bumi tu. seingat aku, 5.39 Richter tu manusia da boleh rasa gegaran, tapi takde la merosakkan infrastruktur.

 
On May 21, 2009 at 8:21 AM , matgeo said...

hmm..nak ukur gempa bumi ada 2 skala..ritcher dan mercalli..rither berdasarkan magnitud gempa..mercali pulak berdasarkan kemusnahan yg berlaku..

 
On May 21, 2009 at 10:27 AM , Yeyy Yeyy said...

pda pndgn knak3 kcik mcm sya.

sy rsa ini pringatn utk mnsia.

skang kn byk bnda3 xelok bl0luasa.

ngeeeeee~~itu sja.

skian.

;D

 
On May 21, 2009 at 6:07 PM , matgeo said...

thanks adik vanella..yup, setiap yg berlaku ada hikmahnye..marilah kita bersama2 kurangkan benda2 yg tak elok tu