Result
7:16 AM | Author: matgeo
Result da kluar..nampaknye kurang memberansangkan, sepertimana yang aku expect..
but, i think i get what i deserve..serve me a great lesson..
Well, dont take easy something that you assume is easy..

anyhow, maybe i need something like this to give me motivation..ending aku masa upsr dan spm pun lebih kurang camni gak..hope this also push me forward

cuma maybe aku tak regret sangat coz final sem ni, i spend my time as a university student..doing things that i like the most..

















our day will eventually get dark..but that's alright..coz only after that you can watch the star n moon
Now its time to think about da future
3:22 AM | Author: matgeo
Hari ni aku baru je balik dari umah kakak aku..benarlah kata orang, sebaik manapun sahabat kita, tak sama dengan keluarga.. memang rasa secure bila bersama keluarga.. boleh jumpe anak2 sedara.. update pasal keluarga n bercerita kisah2 zaman dulu.. cuma biasa la, aku tak suka tumpang rumah orang lama2.. sorry kalau pegi skejap sangat
By da way, spegeti tu memang sedap..kalau banyak tadi ingat nak tapau.. hehe

Nampaknya, dah tak sampai sebulan aku dapat berselindung disebalik status sebagai seorang pelajar..lepas ni kena la cari duit sendiri...nak balas balik jasa family aku..mak aku pun da lama cakap kat aku nak tukar kerusi baru..memang berharap benar la tu kot..huhu

Aku percaya korang mesti ada impian dalam hidup...who you want to be..
masa skolah rendah dulu aku nak jadi saintis, pengkaji dinasour dan angkasawan..nampaknye, 2 impian aku tu semacam menjadi kenyataan..yang angkasawan tu, aku rasa cukuplah syeikh muzafar je..people only remember the first n sometimes the last...
camnepun, minat aku terhadap angkasa still mendalam seperti dulu..

Of course impian kita tak sama seperti masa kita kecil dulu..we are more exposed to the outside world that we have never heard before...pengaruh rakan sebaya dan background pendidikan kita..How we see the world is always changing..

Somehow, my family background inspire me to be good at all thing that i involve..aku percaya, that trait is also inherited to me..at least it give me courage to try something that i think imposible..


Bestnye zaman blajar..people forgive us because we r still 'learning'

hmm..sape boleh teka kat mana aku ambik gambar ni? hehe










camnepun..aku mula belajar sesuatu...

it's no use if you have everything, if you cannot share it with people that you love
Calon SPM dihad ambil 10 subjek
2:33 AM | Author: matgeo
SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.....-dipetik daripada utusan malaysia

hmm..perlukah dihadkan pengambilan subjek..adakah kerana telah menjadi trend bagi pelajar2 untuk mengambil sebanyak mungkin subjek dalam exam...sehingga ramai mementingkan kuantiti daripada kualiti..atau sekadar untuk dijadikan alasan tak perform sebab ambik paper terlalu banyak...

Dulu aku ambik 10 pun da rasa banyak sangat dah...da banyak hilang nikmat hidup sebagai remaja ...tapi takleh la kan nak compare ngan aku yang agak malas ni..

ok lah..kepada adik2 blajar la rajin2..biar dapat masuk univ cam abang hehe..

GEMPA BUMI DI MEKAH
11:20 PM | Author: matgeo

Hari ni diberitakan telah berlaku gempa bumi di mekah..marilah kita bersama ikuti petikan akhbar berikut:

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

memandangkan mekah ni tempat suci orang islam maka bermacam2lah crita yg timbul..nak kiamat la..tambah lak perihal bau yang tidak menyenangkan itu..

Camnepun mari kita tinjau dari perspektif geologi


mekah terletak dalam plat arab yg secara umumnya bergerak kearah timur laut..terdapat sempadan mencapah iaitu di laut merah dan sempadan menumpu yang membentuk pergunungan zagros di Iran di sebelah timur

Gempa bumi lazim terjadi di sempadan menyisi (hijau) dan sempadan menumpu (ungu)

entahle..aku nak komen lebih2 pun bukan terer sangat..kang bg ajaran sesat lak..



hmm...apa pendapat korang?

PENCURI??
7:26 PM | Author: matgeo
hmm..misteri sungguh.. pagi tadi dalam pukul 7.30 aku tidur la lepas smyang subuh... lampu still terpasang dan aku tak kunci pintu... tiba2 aku tersedar ada budak mana ntah masuk bilik aku..mula2 aku ingat member zaidi yang datang nak ambik kunci.. tapi tiba2 dia blah camtu je bila aku tanya datang watpe... aku pun mamai lg masa tu, so aku pun takde la kejar mamat tu... aku check2 takde apa2 yg hilang.. so, aku meneruskan hidup tanpa rasa curiga berlebihan

tapi baru je dalam kul 10 pg tadi member zaidi datang ambik kunci ngan aku...lain pulak mukanya dari mamat yg datang pagi tadi... so persoalannya kini siapakah jejaka itu??











hmm..tadi aku tak suspek apa2 la sebab dia pakai smart je, muka pun macam hensem..
pastu takkan la nak mencuri pukul 7.30pg...
ai..kalau betul la aku tau dia nak mencuri tadi memang aku blasah sampai hilang kehensemannya

Takpe..moral of the story:
-jangan lupa kunci bilik walaupun kita ada dalam bilik
-buang paradigma orang tak hensem dan selekeh je boleh jadi pencuri
-berkenalanlah dengan jiran dan member kepada jiran kita
-cubaan sebegini mengajar kita..so, hargailah ia
KENDURI KAWIN
6:41 AM | Author: matgeo
Tengahari tadi... aku, yus n zaidi telah ke majlis perkahwinan abang adli..majlis bertempat di dewan serbaguna, kompleks kejiranan Presint 16, Putrajaya..
Berikut merupakan gambaran majlis..

Sesi Fotografi pengantin bersama-sama keluarga di pelamin












persembahan kebudayaan cak lempong..nice, mengingatkan aku kepada kembara sri pepatih












enjoying the event..of course not as glamourus as dato' siti wedding, but grand enough..
make me wonder how my wedding would be










Anyway..thanks 4 da invitation
BALIK KAMPUNG
1:12 AM | Author: matgeo
Yey..alhamdullillah, akhirnya malam ni dapat gak balik kg..
For me there's no place like home..the value of the place is priceless...especially bila aku down, aku akan balik kg untuk revive balik semangat aku...here, i have my family, friends n of course my sweet memory with them...

I miss my cat n the trees that i have plant with my father n mother












just a simple kampung life..
a car n a motorcycle
enough to get the life running












jambatan@retok

penghubung antara kedamaian dan kesibukan dunia luar










harap2 kolam ikan belakang rumah aku ni da siap masa aku balik..











n..one of the most important place

sawah @baruh

walau sekejap manapun aku balik biasanya aku akan datang gak sini.. coz tempat ni banyak menyimpan memori zaman kanak2 ku..
-kutip siput sedut,tembak burung, mengaran ikan, panjat kelapa ambik air tuak, naik motor malam2 dll...

biasanya aku akan bawak jajan sikit n lepak atas wakaf sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan


ok..da balik kg nanti agak terputus la aku dari dunia internet ni..so, wish me safe journey..ada rezeki jumpa lg....take care
KHAT
5:38 AM | Author: matgeo
Hari ni aku dapat pemberian yang cukup bermakna daripada seorang sahabat ni..walapun baru kenal, tapi memang banyak aku blajar daripadanya..
Dia ada ciri2 budak FPI yang aku hormati..slalu pi surau, banyak bagi nasihat, akhlak yg baik dan yg istimewa, pandai tulis khat..









Thanx..it mean a lot to me


Monyet
7:54 AM | Author: matgeo
Isu monyet di UKM memang menjadi bualan ramai. pertembungan dengan monyet memang tidak dapat dinafikan terutama bagi penghuni2 kuo dan kiy. Aku sendiri pun pernah dikejar sekumpulan monyet... puncanya, ada kereta langgar anak monyet, betul2 depan aku..pastu, maybe diorang ingat aku la yang patut dipersalahkan..aku pun dikejar dari pusanika sampai la blok kat UO..hmm...memang suatu pengalaman yang mencuakkan dan mencemaskan..
Tapi, aku takleh gak nak salahkan monyet2 ni sebab kita yang menceroboh habitat dia.
yelah, turun temurun inilah tanah tumpah darah, tempat diorang bermain..bak kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tanah air sendiri..

masa aku tangkap gambar monyet ni, dia tengah lepak luar bilik aku. tangan ngan kaki cam luka..tak pasti sebab apa..kesian je aku tengok...

Renungan matanya seolah mengatakan kepadaku bahawa dia juga makhluk tuhan yang mempunyai hak untuk merasai erti sebuah kehidupan...











jadi apa penyelesaian masalah ini?..entahle..maybe:
1. Monyet angkat untuk setiap student
2. Bagi je kepada zoo
3. Train dan jual kepada company pemanjat kelapa
4. Buat kolej khas untuk kediaman monyet
5. Buat institut kajian monyet

anyhow, kepada pihak yang bertanggungjawab silalah mainkan peranan anda untuk mengatasi isu ini sebaiknya...semoga berjaya
MENJELANG FINAL EXAM
5:20 AM | Author: matgeo
wah..esok bermulalah musim exam bagiku..ingatkan nak abis2 ni makin sikit exam, rupenye lebey kurang je..takpelah, final sem.


nak2 exam ni maka mulalah rak dipenuhi buku2 n dinding dipenuhi dengan kata2 motivasi..
















Berikut merupakan jadual examku sem ini

20-exam poster tesis
21-exam viva tesis
22-exam pengurusan penyelidikan sains
24-exam Geologi sekitaran
27-exam penilaian formasi
30-exam Bahasa mandarin
n lastly 7hb 5, exam geosekitaran dan pembangunan

Dan di kesempatan ni...aku nak mintak maaf kat semua... samada salah yg kecik n besar..kalau ada tak puas hati sebab aku ada hutang duit ke, bagitaulah cepat2 ye, kalau duit ada nanti akan kusetelkan..

Aku juga nak mendedikasikan ucapan terima kasih kepada semua insan yg banyak membantu aku selama ini especially:

kepada keluargaku yang telah mendorong dan membantu aku sejak lahir lagi, jasa kalian tiada tolok bandingnya..

kepada warga2 UKM- lecturer2, kumpulan study grupku, geng2 badminton, budak2 geo, budak2 UO especially rumetku, geng2 makan malam, geng budak2 persatuan n budak2 surau dll...

Semoga kejayaan milik kita bersama
SATU PERMULAAN
9:33 PM | Author: matgeo
Akhirnya..aku telah hantar tesis tadi..lega rasanya, sebab skarang aku boleh start pikir pasal benda2 lain....cuma aku kurang puas hati sebab aku rasa boleh buat jauh lebih baik dari ni..nasihat pada adik2, slalulah jumpe penyelia dan jangan tunggu nak hantar baru nak wat.

anyhow, aku akui sem 2 ni aku kurang pikir pasal akademik..maybe coz final sem, aku rasa nilah masanya untuk aku mengecap keindahan-keindahan yang ada di alam universiti...
cuma memang ajaib, hampir tiga tahun kat sini aku mampu bertahan untuk tak couple dengan sape2..alhamdullillah, allah masih menghindarkan aku daripada jalan maksiat..semoga aku terus diberi kekuatan untuk mengahadapi dugaan dan cubaan yang ada didepan mataku ini.

Kini, aku mula merenung hala tujuku selepas ini..aku bukanlah seorang yang kaya..3 tahun kat ukm ni aku jalan kaki je, berbanding most kawan aku yang sekurang-kurangnya ada motor..trima kasih la kepada kawan2 yang selalu menolong dan menyokong aku..kalau rezeki aku murah nanti, jangan risau..aku takkan lupakan korang..at least bila aku baca blog ni balik aku akan ingt semula kata kataku ini..harap kita boleh jumpe lagi pas grad nanti


Pendakian ke puncak memerlukan kita mendongak keatas, namun jangan lupa menoleh kebelakang kerana sesungguhnya kadangkala apa yang kita tinggalkan lebih bermakna daripada apa yang kita cari.

















Baiklah..walau apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan..skarang nak pikir pasal exam lak and benda2 yang perlu disetelkan untuk grad n mintak kerja..ok, my friends.. zai jian
PERMATA
7:46 AM | Author: matgeo
Semlam aku sekali lagi terpaksa ke permata..masa pegi cam biasa la..excited and happy je.
of course expectation aku boley makan best2, dan expectetion aku tak silap..
Tapi, time nak balik tu aku rasa smacam lak..tetiba terlintas dihatiku mungkinkah ni kali terakhir aku kesana..
macam2 bermain difikiran..kegawatan ekonomi, cari keje lain, test tadi tak lepas, nak jadi lecterur ke..semua isu2 ini mula berterbangan di dalam benak fikiranku..
Takpelah, at least petronaslah bertanggungjawab yang memperkenalkan aku keapda geologi..bidang yang kurasakan paling sesuai dengan minatku yang suka berjalan-jalan..
kini aku doa lah supaya terpilih gak interview tu..tak dapat keje pun, dapat interview pun jadilah..sebagai pengalaman untuk kuhadapi hari mendatang


potret terkhir di permata??

kepada semua rakan seperjuangan, semoga berjaya mencapai yang terbaik dalam hidup
pegangan hidup
5:28 AM | Author: matgeo
hidup hanya sementara
mati hanya didepan mata
harta hanya pinjaman
amal jadikan bekalan
ilmu jadikan panduan

iman kita kukuhkan
amal kita banyakkan
angan kita kurangkan
ikhtiar kita lebihkan

jawatan bukan keagungan
tanggungjawab akan disoalkan
suka jangan berlebihan
niat kita betulkan

aku masih tercari-cari pengangan hidup yang sebetulnya.aku rasakan aku semakin jauh dari jalan yang sepatutnya aku lalui.....


ya allah berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu..berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi dugaan dan cabaran duniamu ini..berikanlah aku sahabat-sahabat yang mampu membimbing aku kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat..ya allah, ya tuhanku bantulah aku...amin
Erti sebuah perjuangan
4:44 PM | Author: matgeo
memanglah kehendak dan impian semua orang tak sama...kdangkala apa yang kita rasa penting orang lain cuma anggap benda tu remeh..aku tak kisah sebab aku tahu aku mampu buat sesuatu perkara kalau aku betul2 nak...tapi apakah gunanya pengorbanan jika tidak dihargai oleh orang lain..aku bukan buat semua ni untuk diri aku sendiri, tapi untuk kepentingan semua..

"Jika takut akan risiko, jangan panggil ini perjuangan". kata2 itu masih kupegang hingga kini..dan itulah yang mendorong aku untuk merempuh sempadan diri aku selama ini. aku merasa puas bila mengimbau kembali siapa aku beberapa tahun yang lalu..

cuma pertimbangannya kini, adakah itu perjuangan terpenting ku kini..disaat2 terakhirku di UKM..aku tidak mahu bila dahaga, mendongak kelangit menunggu hujan..sedangkan air boleh kubeli di restoran..cepat,mudah dan sedap..

maybe perjuangan aku disitu bakal berakhir...anyhow,i'll be prepared for the good and worse..

Perjuangan ibarat memancing ikan..kita tahu ikan tu ada,tapi kadangkala ikan tu tak nampak..kita perlukan pengorbanan, umpan untuk mendapatkan ikan..kita perlukan kesabaran untuk menunggu,menunggu dan terus menunggu..kadangkala bukan kita seorang je yang memancing, jadi jangkakan persaingan..namun,disebalik semua itu, tiadalah kepusan yang sebenar melainkan berjaya menaikkan ikan..cuma, ingatlah berbgai jenis ikan ada dalam kolam itu..yang kecik,besar,hitam,cerah,mahal,murah..walau apapun yang kita dapat maka hargailah ia