ZOO NEGARA
6:18 AM | Author: matgeo
Khidmat masyarakat kat zoo negara memang best. hari tu aku berkesempatan join kelab penyayang ukm ke sana.
Bekumpul seawal 7.00 pg lg kat pusanika, sampai sana dalam kul 9 pg camtu. Then kitorang diberi taklimat oleh pegawai zoo dan kitorang dipecahkan kepada beberapa grup. Setiap grup diberi rumah haiwan angkat masing2. aku telah diberi kepercayaan untuk berbakti di RUMAH REPTILIA. of course sekali dengar cam seram gak a.

skali nagn aku ada 7 orang. antara tugas yang dibuat:
1. cuci tempat pembiakan tikus. aku suka main2 ngan tikus ni, tapi bau dia alergik sikit. nasib baik ada topeng. rasa slamat la sikit. kitorang kena tukar air minuman dan bersihkn kediaman2 tikus tersebut. lepas tu membersihkan kawasan sekitar rumah reptilia tu

gotong royong ngan syuk.bagus ah, nasib baik dapat partner rajin camni












2. Bagi biawak ngan ular makan. yang ni aku kureng sikit coz tikus2 yang kiut tadi kitorang bagi makan kat biawak dan ular yang membaham tikus tersebut dengan ganasnye.

3. Bagi kura-kura gergasi makan.yang ni best sebab kitorang kena potong sayur dan buah.pastu suap kat kura2 tu.

tengah potong sayur.kat umah pun tak penah plak rajin camni.. huhu












4. Masuk kolam buaya. kebetulan masa kitorang pi hari tu benteng pasir kat dalam kolam buaya pecah. so aku dan beberapa pemuda macho lain terpaksa mengisi dan memunggah pasir beberapa guni untuk diletakkan dalam kolam tersebut. Hui..berpeluh gak, dah la masa tu tengahari. then masa nak turun dalam kolam tu lagi la.nasib baik ada orang kaber line. alhamdulillah segalanya berjalan lancar

bagi makan kat kura-kura. ni yang bestnye join khidmat masayarakt coz orang luar takde la can nakbagi makan kat haiwan2 camni.










5. pastu kitorang kena bagi makan buaya. so, tepaksa la potong daging.masa tu tengah hujan. entahle..feel je kumpul ramai2 time hujan camtu

aku masih takjub macam mana la kura2 kura ni hidup berpuluh-puluh tahun. mana sangat la korang penah gi jalan2 ek











potong daging untuk buaya-buaya time hujan.












selepas habis semua kerja kitorang pun diberi makan dan boley la bjalan2 dalam zoo tu.buat pengetahuan kita boleh pilih samada nak buat khidmat masayarakat full day ataupun sampai tengahari je. so, sape2 yg berminat boleh la contact pihak zoo.
This entry was posted on 6:18 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: