KERJA LAPANGAN GEOLOGI
5:07 AM | Author: matgeo
Memandangkan nama blog ni Matgeo, jadi aku merasakan perlunya untuk aku berkongsi tentang pengetahuan geologi kerana bagiku ilmu geologi, iaitu ilmu mengenal bumi merupakan ilmu basic yang perlu dimiliki oleh setiap orang.
Jadi aku akan memulakan dengan asas pembelajaran dan perolehan ilmu geologi iaitu melalui kerja lapangan.

Dalam Field work ni, kita memerhatikan alam sekeliling dan mentafsir:
- apa yang telah berlaku
- apa yang akan berlaku
-bagaimana unutk menganbil iktibar dan keuntungan daripada apa yang telah berlaku

Di mana- mana kerja lapangan, perkara berikut perlulah diperhatikan:
-Lokasi
-batuan
-struktur
-geomorfologi
-Fosil

Lokasi
1.Lokasi merupakan tempat dimana cerapan dilakukan
2.Tempat cerapan boleh ditentukan dan ditanda dalam peta menggunakan bantuan GPS, kompas ataupun maklumat topografi


Pelajar menanda lokasi dan cuba melukis singkapan yang diperhatikan serta cuba meramal apakah yang telah terjadi di kawasan tersebut















Batuan
1.Batuan merupakan bahan bumi yang didapati di kawan kajian
2.Batuan boleh dikelaskan kepada batuan Igneus, metamorf dan sedimen mengikut cara pembentukannya
3.Sampel batuan biasanya diketuk dengan tukul dan diambil sebahagiannya untuk dianalisa di makmal

aspek yang diperhatikan:
-saiz butiran
-warna
-corak pada batuan
-mineral yang terkandung
-komposisi mineral

batuan ini merupakan batuan metamorf
dan secara tepatnya dinamakan syis kuarza mika





Struktur
1. Struktur boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan cara pembentukannya iaitu:
- terbentuk semasa batuan itu terjadi
- terbentuk akibat aktiviti pergerakan bumi selepas batuan itu terbentuk
2. Bacaan yang diambil adalah saiz dan arah, dengan menggunakn kompas dan pita pengukur.

hmm..mesti korang pernah lihat corak ni..cuba teka ni struktur apa?

sebenarnya ni merupakan kesan riak yang terbentuk kat kawasan pantai. Jadi, daripada maklumat ni kita dapat tahu arah aliran air laut dan kawasan asal batu ni terbentuk







Ni pulak merupakan struktur selepas batuan terbentuk. Dapat diperhatikan jaluran mineral putih tersebut telah terputus akibat pergerakan batuan.
Pergerakan ini dipanggil sebagai sesar


"sesar songsang yang telah memotong mineral kalsit pada batu kapur Formasi Setul dengan anjakan sebanyak 5cm"











Geomorfologi
1.Geomorfologi merupakan bentuk muka bumi kawasan tersebut.
2. Bentuk ini membolehkan kita meramalkan jenis batuan, kawasan batuan ini terbentuk DLL

kat background tu kita dapat lihat satu bukit. Itu merupakan bukit batu kapur yang dikenali sebagai Mogot.
kita dapat kenal bukit batu kapur kerana biasanya ia terpisah-pisah dan mempunyai cerun yang curam serta daripada warna batu dan tanahnya.







Yang ruang kosong tempat kitorang duduk ni juga merupakan morfologi pada batu kapur. Namanya takik laut. Ianya terbentuk hasil daripada hakisan ombak. Jadi, struktur ni boleh digunakan sebagai penanda aras air laut zaman dahulukala










Fosil
1.Fosil merupakan hidupan kuno yang terawet dalam batuan samada haiwan ataupun tumbuhan
2. Gambar fosil perlulah diambil dan fosil tersebut haruslah dikenalpasti jenisnya

Ni merupakan fosil moluska. sedara2 tiram la lebih kurang. fosil amat penting bagi menentukan usia batuan dan sekitaran pengendapan










aku harap post ni dapat memberi gambaran sedikit sebanyak kepada ilmu geologi dan kalau korang ada soalan, silakanlah bertanya.

"Geologi..ilmu mengenal pencipta"
This entry was posted on 5:07 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: