Majlis solat hajat dan bacaan yasin PMFST
7:10 PM | Author: matgeo
Tesis o tesis..kenapa la dulu aku tak rajin nak wat kau cam skarang ni...hmm..takpelah, bak kata kawan lama aku 'let bygone be bygone'...anyhow, tesis aku hantar lewat sikit, iaitu isnin ni supaya aku dapat menggunakan weekend ni sebaiknya..yelah, aku rasakan perlunya untuk ku buat tesis yang terbaik, yang bakal menjadi tatapan juniorku selama berpuluh-puluh generasi yang akan datang..

Ok..skarang beralih kepada tajuk blog ni..smalam PMFST menganjurkan program keagamaan yang cukup bermakna..antara pengisiannya adalah ceramah bertajuk usaha, doa dan tawakkal..yup, kita manusia mampu merancang namun ketentuan tuhan juga yang terjadi..hendaklah sabar menerima dugaan dan hendaklah bersyukur menerima kegembiraan.

Then, kitorang berbuka puasa beramai-ramai...makan dalam talam..last aku ingat makan dalam talam masa kat masjid di bulan ramadhan yang lalu.. lepas selesai menjamu selera, kitorangpun solat magrib dan solat hajat secara berjamaah..selepas itu, kitorang mengalunkan surah yasin beramai-ramai, dipimpin oleh YDP PMFST iaitu En. waliyudin..lepas smayang isyak lak ada tazkirah oleh MPP merangkap mantan YDP PMFST iaitu saudara Arip Misrol..


Seperti biasa..makanan merupakan daya penarik terbesar sesuatu program..makanan semalam memang sedap..nasi goreng berlaukkan ayam berairkan sunquick berbuahkan tembikai











Antara peserta-peserta muslimah yang hadir....program sebegini selalunya menjadi tempat yang terbaik mencari calon-calon













emm..ni plak sesi amali perkahwinan..amboi,tak sabar2 nampaknye brader ni nak kawen












Begitulah sedikit sebanyak..emm..cuma pesanan kepada sahabat-sahabatku, sesibuk manapun kita..indah dibuai hidup yang sementara..jangan dilupa tujuan kita..agar dunia dan akhirat kita berjaya.
This entry was posted on 7:10 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: