SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
1:37 AM | Author: matgeo
Kedatangan raya tahun ini tidak lagi menjanjikan keindahan seperti sebelumnya...kegagalanku pulang beraya ke kelantan mencerminkan betapa lemahnya aku dalam merancang keutamaan hidupku..

Namun begitu aku masih bersyukur mempunyai sanak saudara disini yang sudi menjadi penawar.Biarlah raya ini menjadi ingatan kepadaku betapa besarnya nilai hari raya di sebuah tempat yang bernama 'kampung halaman'

camnepun, raya tetap raya..sambutlah ia dengan gembira
RUMAH SEWA
6:09 AM | Author: matgeo
Dah masuk hari ketiga rupanya kerja kat KL...
takde la best sangat...pagi2 bangun kul 5.30, naik motor pi KTM, then tukar plak putra di kl sentral..hai, rindu pulak keje kat penjom..takyah susah2 nak pikir semua ni..pagi2 da ada kereta datang depan muka pintu...
camnepun thanx to nazri coz bagi pinjam motor,kalau tak maybe aku kena jalan kaki la pi stesen.

Sebenarnye skarang ni aku tengah excited nak masuk rumah sewa baru..plan masuk hari ni, tapi nampaknya paling awal pun weekend ni baru boleh check in...tak sabar rasanya nak duduk rumah baru dengan housemate2 baru...Tomorrow will be the first true working day for me..i hope everything will be good
HARI RAYA 2009
6:52 AM | Author: matgeo
Sminggu yang lepas merupakan malam raya...the night that always been waited every year..
anyhow, this year tak semeriah tahun2 lepas..abang2 n kakak yang jauh diperantauan tidak pulang ke desa..masing2 ada hal tersendiri...tambah pulak malam tu blackout..dalam pukul 9 aku dah tido..such a waste

Tapi of course, there's always something good in everything..selain makanan, kenduri, family day dan macam2 aktiviti kebiaasaan yg best di hari raya....hari raya ni agak bermakna sebab aku jumpe balik beberapa member aku masa sekolah rendah..hmm.dekat 10 tahun gak aku tak jumpe diorang..
by the way..i wish selamat hari raya to all you guys n girls out there...maaf zahir dan batin
PENJOM GOLD MINE
6:44 AM | Author: matgeo
Akhirnya...dapat gak aku mencoretkan sedikit sebanyak apa yg telah berlaku beberapa menjak ini..lama tak update blog sebab da start keje..maklumlah..work is work, takleh la nak guna internet kat office sesedap hati..

skarang ni tengah cuti sminggu untuk konvokesyen petang slasa ni..
hmm..tp, xde la excited sangat..aku pun macam blur lg apa yg akan berlaku sebab masa rehearsal ari tu aku tak pegi..cuma teruja gak a nak jumpe member2 lama..mana la tau ada yang nak bagi bunga

hmm..skarang ni aku bergelar pekerja di lombong...n of course, perubahan utama yang dapat diperhatikan adalah kehitaman kulitku semakin menyerlah..camnepun, kejenye memang best..apa yg aku boleh kata, u r not a complete geologist unless u have work in a mine

Gaji tak banyak..tapi ok la coz dapat rumah free n ada la orang datang pi ambik dan hartar kerja..n dapat lak elaun makan tghari..uniform 2 pasang..kasut getah, boot, spek mata dll

As a grade control geologist, my work is to control that the rocks sent to the plant are ore within the specified range..so, aku usually kena logging n supervise mining process..memang penat, tapi there's a whole lot u can learn from that..
ok..c u guys n girls at my convocation..
MAP 2009
8:11 AM | Author: matgeo
Thank god aku sempat gak merasa diner anak kelantan ukm baru-baru ni...almost 3 years of waiting..by da way, MAP merupakan singkatan bagi malam anugerah perdana

Bertempat di danau UKM, diner kali ni agak special..selain ni antara diner yang aku makan paling sikit, ianya merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke ukm setelah kluar 3 minggu yg lalu..
hmm..berikut disertakan beberapa gambar yang kurang nilai komersil tetapi cukup untuk menggambarkan apa yg berlaku pada malam itu



Anyhow, thanks 4 da award and invitation...congratulation kepada semua yg terlibat..
I think the dinner was very meaningful
Google Earth
3:04 AM | Author: matgeo
Wah..dah sminggu rupanya aku duk kat penang..nampaknye malam ni akan naik bas balik ke klantan...the place where all the journey start's...
hmm..da lama tak letak benda ilmiah kat sini...baiklah..maybe kali ni aku leh share something

Aku rasa ramai antara korang yang dah mendengar atau menggunakan software google earth..
Bagi yang belum, maybe it's time to check it up

http://earth.google.com/

Software ni boleh di download and used for free



Antara kegunaan software ini adalah:
1)mengukur jarak antara dua tempat
2)melihat dan mengenalpasti kawasan di seluruh dunia
3)menganggar ketinggian dan koordinat kawasan
4)mencerap bintang-bintang di angkasa
5)flight simulator

hmm..banyak lg kegunaannya...korang explore la sendiri k
Highly recomended for geologist dan mereka yang suka travel
Now it's over..
8:36 AM | Author: matgeo
Alhamdullillah..interview di KLCC dan penjom gold mine berjalan dengan bestnya...result petronas 2 minggu lagi baru dapat jawapan..penjom plak da mintak wat medical checkup..rasanya da dapat kot...
Hmm..nampaknya alam pekerjaan sudah menanti..eloklah

so..apa yg overnye?
well..aku rasa da tiba masa aku melupakan seseorang...i think i have already give her and myself enough chance.
Anyhow, she manage to prove me the power of women..giving hope and blinding my mind..haha, tak sangka..a very intresting experience

hmm...i think this is gud moment to layan this song




hmm..oklah..still a long way to go..i leave you here k..
Last day as UKM student.. last blog post?
8:27 PM | Author: matgeo
Hmm..post ni panjang sikit..maklumlah..last2 ni banyak la nak cakap..

Mengimbau kenangan tiga tahun aku disini memang menyentuh hati..entahle..maybe aku ni sentimental sikit kot...every place have it's own story..sad or happy, it's doesn't matter as long we share it together...






















Alhamdullillah, aku da berjaya tangkap gambar hampir 60% monumen2 di ukm..skrang tengah kumpul gambar2 field work dengan budak2 geologi pulak.

About my future.. insyaallah i'll have petronas interview tomorrow and penjom gold mine interview this sunday...wish me gud luck k..then i'll go to penang and after that come back to my hometown..

Anyhow, one person that i remember when i wrote in this blog is my roomate..dialah yang begitu bersemangat mengajar dan mendorong aku menulis blog..
eventhough it's clear that he did'nt like me..i accept all that as my weakness..sorry for all the mistake..biasa la, aku ni nakal n manja sikit....anak bongsu katakan..
anyhow, i try to make as a habit..walau siapapun yg kita jumpe, belajarlah sesuatu daripadanya..
my rumet banyak mengajar dan membantu aku..thanks 4 that.


















Banyak perkara yang aku inginkan masa melangkah masuk universiti tercapai..thank god for that..i totally agree that my success is not only mine..it's your success too...thanks to all my family and friends...
To my KUO friends..adli, faris, zaidi, nazri..keluar bersosial dan makan is one of my favourite time usage, besides playing badminton with u guys in the evening..
kepada Adli yg banyak 'dipergunakan' olehku...thanx slalu ajak aku ke surau, the first place we met...mintak maaf banyak2 coz ngan kau aku biasa gurau melampau skit

Girls..mostly yang aku rapat budak2 geo je..especially my study grup yg setia..farah, farhana dan ezza..kejayaan akademik aku, banyak disumbangkan oleh korang..thanks

No girlfriend..hmm aku pun tak tahu ini pilihan aku sendiri or memang aku ni tak laku..but aku akui, aku tak sefriendly masa kat matrik dulu..tambah plak status sebagai exco perdana mendorong aku untuk menginsafi kisah silamku..


















I'm not sure if this is the end of my blog..we'll, i miss all bloggers out there..eventhough we haven't meet each other, but i think i now you all better than some of my friends here...it's nice to share stories together..

k..till next time daaaaaaa.....
Edcoustic - Muhasabah Cinta
3:14 AM | Author: matgeo
wah..gempar kes seorang budak UKM meninggal hari ni..
innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat.

Hmm..peristiwa ni agak menginsafkan aku. tambah lak skarang ni slalu layan lagu muhasabah cinta. camnepun marilah kita hayati bersama lagu ni

Penyanyi: Edcoustic Feat Trisoultan

Lagu/Lirik: Deden Supriadi

Album: Sepotong Episode (2008)

Dm A D Gm

Wahai Pemilik nyawaku betapa lemah diriku ini

C F Gm A

Berat ujian dari-Mu kupasrahkan semua pada-Mu

Dm A D Gm

Tuhan baru kusadar indah nikmat sehat itu

C F Gm A Dm

Tak pandai aku bersyukur kini kuharapkan cinta-Mu

Reff:

Gm C

Kata-kata cinta terucap indah

F A#

Mengalir berdzikir dikidung doaku

Gm A Dm D

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Gm C

Butir-butir cinta air mataku

F A#

Teringat semua yang Kau beri untukku

Gm A A# A

Ampuni khilaf dan salah selama ini ya ilahi..

Dm

Muhasabah cintaku

Dm A D Gm

Tuhan kuatkan aku lindungiku dari putus asa

C F Gm A Dm

Jika kuharus mati pertemukan aku dengan-Mu



untuk download klik link ni Download mp3
Durian
1:46 AM | Author: matgeo
Waa..bestnye makan durian...thanx 4 my coursemate yg baik hati..
Dulu masa kecik aku tak suka makan durian..plik gak..tapi skrang da jadi one of my feveret fruit...
Maybe betullah kata orang..dunia brubah..dulu benci, kini sayang..dulu dijauhi, kini dicari

Gambar pohon durian dibawah ditujukan kepada mereka yg masih was2-was bagaimana rupa pokok durian..
Durian berbuah selepas 4 atau 5 tahun..
sesetengah orang tak suka makan durian sebab bau dan panas..
Hmm..ada petua mengatakan rasa panas lepas makan durian boleh dikurangkan dengan makan bersama2 manggis ataupun isi air dalam kulit durian dan minum air tersebut..















Camnepun., tak sabar nak balik kg..boleh makan sepuas hati hehe
Tips Memilih Tempat Khemah
7:17 AM | Author: matgeo
Hmm..kali ni kita share sikit pasal mendirikan khemah..kebanyakannya aku edit daripada artikel dalam altitude nye website

Biasanya masa nak pasang khemah mesti kita tertanya-tanya, kat mana ye nak pasang khemah ni?
dan member2 kita ada yang menjawab...'alahhh...cari je tempat rata janji bawah jangan ada tunggul'...' Buat je tepi sungai senang nak ambil air'.....'kat bawah pokok lah redup sikit'..'Sini tempat cantik.. sejuk, angin lalu'..dll

Here's some tips that can help us decide a good place to palce our tent:

Pemilihan Tapak Perkhemahan

a) Tanah yang rata

b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit

c) Berdekatan dengan punca air

d) Mendapat sinaran matahari

e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai


Mendirikan Khemah

a) Dipasang di atas tapak sesuai yang telah dipilih

b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin

c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi

mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada

gangguan angin

d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak

e) Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5 - 8 meter


Larangan Semasa Berkhemah

a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air

b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )

c) Semak samun atau kawasan belukar

d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak

e) Diatas tebing tinggi dan curam

f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati

g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )

h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram

i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove























Hope this helps..slamat berkhemah

Sunway
6:06 AM | Author: matgeo
Alhamdullillah ujian undang2 lesen da lulus pagi tadi..
Balik ukm aku pun kluar la bersukaria kat sunway bersama adli dan adiknya afan, serta zaidi..

Sungai way ni asalnya lombong bijih timah dan telah dibangunkan oleh syarikat Sunway Holdings Incorporated Bhd.

Selain shopping complex sunway piramid dan taman tema sunway lagoon yang terkenal, tempat ini juga menempatkan institusi pendidikan seperti Monash University, Sunway University College dan The One Academy























Huhu..tak sangka impian aku sejak tahun satu nak ice skating akhirnya tercapai..
ok la, berbaloi gak a Rm30..especially dapat rasa tidur atas ais hehe..
Result
7:16 AM | Author: matgeo
Result da kluar..nampaknye kurang memberansangkan, sepertimana yang aku expect..
but, i think i get what i deserve..serve me a great lesson..
Well, dont take easy something that you assume is easy..

anyhow, maybe i need something like this to give me motivation..ending aku masa upsr dan spm pun lebih kurang camni gak..hope this also push me forward

cuma maybe aku tak regret sangat coz final sem ni, i spend my time as a university student..doing things that i like the most..

















our day will eventually get dark..but that's alright..coz only after that you can watch the star n moon
Now its time to think about da future
3:22 AM | Author: matgeo
Hari ni aku baru je balik dari umah kakak aku..benarlah kata orang, sebaik manapun sahabat kita, tak sama dengan keluarga.. memang rasa secure bila bersama keluarga.. boleh jumpe anak2 sedara.. update pasal keluarga n bercerita kisah2 zaman dulu.. cuma biasa la, aku tak suka tumpang rumah orang lama2.. sorry kalau pegi skejap sangat
By da way, spegeti tu memang sedap..kalau banyak tadi ingat nak tapau.. hehe

Nampaknya, dah tak sampai sebulan aku dapat berselindung disebalik status sebagai seorang pelajar..lepas ni kena la cari duit sendiri...nak balas balik jasa family aku..mak aku pun da lama cakap kat aku nak tukar kerusi baru..memang berharap benar la tu kot..huhu

Aku percaya korang mesti ada impian dalam hidup...who you want to be..
masa skolah rendah dulu aku nak jadi saintis, pengkaji dinasour dan angkasawan..nampaknye, 2 impian aku tu semacam menjadi kenyataan..yang angkasawan tu, aku rasa cukuplah syeikh muzafar je..people only remember the first n sometimes the last...
camnepun, minat aku terhadap angkasa still mendalam seperti dulu..

Of course impian kita tak sama seperti masa kita kecil dulu..we are more exposed to the outside world that we have never heard before...pengaruh rakan sebaya dan background pendidikan kita..How we see the world is always changing..

Somehow, my family background inspire me to be good at all thing that i involve..aku percaya, that trait is also inherited to me..at least it give me courage to try something that i think imposible..


Bestnye zaman blajar..people forgive us because we r still 'learning'

hmm..sape boleh teka kat mana aku ambik gambar ni? hehe










camnepun..aku mula belajar sesuatu...

it's no use if you have everything, if you cannot share it with people that you love
KENDURI RUMAH DR ZAITON
4:19 AM | Author: matgeo
Tahniah kepada anak Dr. zaiton yang selamat diijab kabulkan tadi.
Aku dan beberapa budak geologi lain berkesempatan meraikan hari yang cukup bersejarah ini.
hmm..tak perlu cerita panjang, tengok je gambar2 kat bawah ni ye























cuma tak sempat nak tengok pengantin je..anak2 Dr pun tak sempat kenal semua..
camnepun makanan memang best..siap ada cendol lg..cukup berselera huhu

hmm..sape la budak geo yg first kawen..kalau ikutkan da ramai yang kapel satu batch..
takpe, we'll wait n see hehe...
Weather Forecasting
7:25 AM | Author: matgeo
Ramalan cuaca merupakan kemahiran yang perlu ada especially bagi mereka yang spend most masa outdoor.Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan:

1. Red sky at night, sailor’s delight; red sky in the morning, sailor take warning.” Translation: A red morning sky indicates possible rain that day; a red evening sky suggests the next day will be clear. The color difference relates to the reflective value of the low-lying cloud cover.

2. Check the grass, tent, canoe bottom, or whatever for the presence of dew (embun) in late evening or early morning. A heavy dew at either of these times usually suggests eight to twelve hours of good weather.

3. Watch the smoke from your campfire. If it hangs low (a function of low pressure) to the ground, rain is on the way. If it rises high into a nice vertical column (high pressure), count on good weather.

4. Check out the air bubbles in your coffee cup. They’ll ring the edges of the cup when a low pressure (rain) system sets in.

5. You can sometimes smell a coming storm, as the low pressure allows methane (swamp gas) to rise and drift with the current. In boggy areas the odor is quite pronounced.

6. “When the peacock loudly bawls, there’ll be both rain and squalls.” Translation: Birds sing loudly just before a storm.

7. Geese and seagulls usually won’t fly just before a storm. Low-pressure air is thin and it’s hard for them to get airborne.

8. The ears of many animals are sensitive to low pressure. Wolves will howl before a storm. Dogs will become nervous and emit howls or howl-like sounds.

9. To determine the distance of a lighting strike, count the seconds between the flash and the thunder boom. Divide by five and you’ll have your answer in miles.

10. Noises all become louder and more vibrant just before a rain, because the sound is reflected and magnified by the low clouds. The croaking of frogs, yodel of loons, etc., will echo loudly if rain is imminent.

11. Be alert for changes in wind direction. Storms are whirlpools of wind that rotate counterclockwise in the Northern Hemisphere (remember high school science?). The adage “Wind from the south brings rain in its mouth” is the keystone here, as the wind that precedes a storm usually blows from the south. Counterclockwise wind shifts therefore usually bring rain, while clockwise movements indicate fair weather. You can keep these directional changes straight by remembering the rhymes…

“Wind from the east brings weather that’s a beast.” (Suggest a counterclockwise wind shift from the south to east, east to north, and so on.)

“Wind from the west brings weather that’s best.” (Suggests a clockwise wind shift from south to west, north to east, etc.)

12. Most everyone knows that frogs emerge from the water just before a storm and croak their fool heads off. Frogs breathe partly through their skin (which must be kept moist), so when the humidity rises just before a storm, they climb ashore and sing happily.

13. If you’re a canoeist, you know that about eight to twelve hours before a storm, mosquitoes and blackflies begin to swarm and bite more than usual. Up to two hours before the storm they quit biting altogether.

14. Check out the rainbow: A heavy red may mean more rain; vibrant rich blue suggests clear skies ahead.

15. Here’s an old Down East proverb: “Filly tails make lofty ships wear low sails.” Translation: Thin, hairlike clouds forecast rain within the day. These “filly tails” are really streaks of ice thrown skyward by the rising air of a coming storm.

16. “A mackerel sky [tiny scalelike clouds that resemble a mackerel’s back], just twenty-four hours dry.” Translation: Expect rain within the next day!

17. Any fireflies around? When rain approaches, these little insects light up the woods, according to this rhyme: “When the little glow bug lights his lamp, the air around is surely damp.”

18. Listen for the rustle of leaves as the wind precedes the storm.

19. If you can’t see the sharp points on a half moon, rain may be on its way. Translation: Low clouds and haze distort sharp images.

20. Bright, twinkling stars usually indicate high altitude winds, which may be bringing in a storm.

21. There’s a good chance that foul weather (rain or snow) will fall within three days of a new moon phase.

22. “The weather out west had best be best, for tomorrow will bring it to you to test!” This means that in all likelihood, the weather system to your west will be at your location tomorrow.

23. In summer a sun dog, or halo around the sun, generally predicts the coming of rain. Sun dogs are caused by sunlight streaming through the ice particles of high cirrostratus clouds. A halo around the moon may also indicate rain.

24. “Evening fog will not burn soon, but morning fog will burn before high noon.” Invariably, a fog-borne day will become perfectly clear (an ideal day) by noon. Fog forms when water vapor reaches the dew point and condenses on dust particles near the ground. When the day heats up, the fog evaporates and turns to invisible water vapor.

25. “Short notice, soon it will pass. Long notice, expect it to last.” Watch the clouds. If they take several days to build, a warm front- and prolonged rain- is usually in the offing. If the storm system builds suddenly, it will probably pass quickly.

26. And of course everyone knows: “Rain before seven, dry by eleven.”



















Tips ni aku ambil daripada buku camping secrets tulisan Cliff jacobson. so, boleh la nanti tengok betul ke tak apa buku ni cakap.


EKSPEDISI CAMERON HIGHLAND 2009
2:50 AM | Author: matgeo
Maaf kerana lama tidak mengupdate blog..smlam baru je balik daripada Cameron Higland..
hmm..da masuk kali ke-4 rupenye aku pi cameron sjak masuk UKM.. tapi aku tak rasa boring lagi..maybe sebab peserta yang pegi lain-lain...tambahan pula, there's many special thing about that place, especially for nature lovers like me..
Lawatan ni dihandle oleh anak klantan (PERDANA)..bayaran murah je RM25 merangkumi penginapan, makan dan tiket..
Camnepun kali ni aku banyak spend masa ngan budak2 geologi dan adli, bestfrenku kat UO..
ok..lets have a look what happen there:

Masjid Tanah Rata

kitorang sampai sini dalam kul 6 pagi..solat subuh dan breakfast kat sini..

kat bawah masjid tu ada taman bunga dan padang..







MARDI

well this one stop centre offer all main attraction in cameron..
-european style buildings
-tea plantation and factory
-flowers, fruit plant and cactus
-cafetaria
-strawberry

by da way..dua orang international student join kitorang sepanjang xpdc ni iaitu elco dan marry..Nice to have you two along the journey





Homestay Taman Sedia

kitorang menginap kat marina chalet..kawasan ni didiami mostly oleh orang melayu..

bilik disini cukup selesa dan ada shower heater..bayaran yang dikenakan considerably cheap






Taman Rama Rama

bukan stakat rama2 je ada kat sini..ular, cicak dll turut dipelihara..bayaran RM 3...

walaupun rama-rama ni nampak cantik..tapi berhati-hatilah coz pernah dulu sweaterku hampir dinajisi olehnya











Arked peladang

hmm..aku suka kedai ni sebab:
-banyak sampel makanan untuk dicuba
-landskap dia lawa especially kincir air kat depan kedai tu
-ada tempat rehat kat dalam kedai
-gula2 kapas yang segar dari mesin











Cactus point

macam2 cactus ada kat sini...tak perlu bayar tiket masuk, compared to cactus valley yg kena bayar tak silap dalam RM4














Jungle Trekking

haha..tak sangka jadi guide lak..thanx 4 da trust
Aku suka trek kat sini sebab agak complete..boleh jumpe watch tower, boleh lepak kat puncak bukit, ada waterfall, melintas jambatan gantung

Then kitorang breakfast kat taman dan main game










Cameron Valley

ladang teh di tepi jalan yang memang mengasyikkan dan mendamaikan..
aku suka beli teh yang harga RM1 kat kedai atas tu, then minum sambil jalan2 disekitar ladang..

masa kitorang pegi tu, ada plak orang wat shooting drama kat bawah kawasan waterfall tu..jadi kami dihalau dengan hormatnye..








Lake House

hmm..lot have change..
masa aku first datang sini 6 tahun dulu, kawasan ni memang lawa..tasik membiru, teratai terapung, kabus berlegar..

But i still like to come here becoz it remind me of my friends from mrsm..

by da way..ni merupakan antara empangan terawal yang dibina di Malaysia dan kat kawasan ni ada resort lakehouse yang merupakan antara resort termahal di cameron






Lata Iskandar

air terjun yang agak popular..ada kedai kraftangan yang banyak disamping kedai makan dan tandas..

Di air terjun ni anda boleh bermandi-manda unless anda segan coz kurang privacy sikit tempat ni










Then kitorang pun betolak pulang ke ukm..



i thinks its never too late to say that i am happy to be here in this program with you all..










kat xpdc ni aku semakin memahami erti cinta..tapi bukan pengalaman aku sendiri la..mostly from my member in da program..cinta itu menggembirakan, tapi kadangkala ianya menghancurkan perasaan...jangan mengharapkan lebih daripada yang sepatutnya..

well..love is not to be gived..but shared
Calon SPM dihad ambil 10 subjek
2:33 AM | Author: matgeo
SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.....-dipetik daripada utusan malaysia

hmm..perlukah dihadkan pengambilan subjek..adakah kerana telah menjadi trend bagi pelajar2 untuk mengambil sebanyak mungkin subjek dalam exam...sehingga ramai mementingkan kuantiti daripada kualiti..atau sekadar untuk dijadikan alasan tak perform sebab ambik paper terlalu banyak...

Dulu aku ambik 10 pun da rasa banyak sangat dah...da banyak hilang nikmat hidup sebagai remaja ...tapi takleh la kan nak compare ngan aku yang agak malas ni..

ok lah..kepada adik2 blajar la rajin2..biar dapat masuk univ cam abang hehe..

Pokok?
8:15 PM | Author: matgeo
Antara benda yang paling best dalam hidup adalah bila menerima hadiah..especially dari seorang yg kita care..tapi kalau orang tu kita tak care pun takpe, as long as dia ingat kat kita..it make us feel appreciated..betul tak..
well i got something this morning..a painting attached with some words..
by da way, aku dulu memang suka melukis..ingat lagi masa kat matrik dulu aku lukis kartun untuk program hari kerjaya..

anyhow, here's the painting:


well i'm not a truly artistic person to appreciate such work...but i like to comment things..n when i commnent things..i usually look at the fact first

1.pokok ni takde daun
2.background dia warna hijau
3.pokok ni banyak dahan dan ranting
4.ada rumput je yang tumbuh sekeliling pokok tu
5. bentuk silara pokok ni bulat








ok..skarang ni baru la boleh aku letak pendapat aku yang mengarut ni...just to put some explanation towards this paintings..

hmm..pokok takde daun samada dah mati or prepare for winter..maybe the tree is predicting something bad n preparing for it to survive..it means it knows what best fot it, tak kisahlah orang kutuk macam mana pun..
Background warna hijau..hijau ni warna ketenangan..maybe its looking for some peace
Banyak dahan dan ranting means pokok ni pernah hidup subur dulu..n show its strong enough to handle the future
Ada rumput je..maybe pokok ni kesepian..tapi kurang2 ada rumput takde la kesepian sangat kot
Bentuk bulat..bagi aku ianya melambangkan kesempurnaan..

But still...among all creature, why must a tree? well only the painter know the true answer..

anyhow..thanks ye..n the words touch me alot..
maklumlah for someone yang dikatakan tidak menghargai sahabat seperti aku...tak sangka lak kata2 tu boleh keluar..
Bom jangka meletup
6:37 AM | Author: matgeo
haha..berita ni telah menjadi bahan kuliah lecterer aku tadi..
katanya manusia ni boleh dikategorikan kepada pasif, asertif dan agresif..
orang pasif ni selalu pendam perasaan..orang tanya tak nak kongsi..simpan je dalam hati...sedih, menangis sorang2..lama2 meletup dan jadilah macam kes dibawah




KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.

Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.

Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.

“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.

“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.

“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.

“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.

Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya. (dipetik daripada my metro)


aku petik berita ni bukanlah niat nak mendedahkan kes rumah tangga orang..just for us to take some lesson..hope takde yg tersinggung k

hmm..susah betul kawen ngan artis ni ek...tak kira la lelaki or perempuan..benda kecik pun boleh jadi besar...kesian, da ada anak sampai 6 orang last2 menuju ke penceraian..

by da way, kita digalakkan bersikap assertif..luahkan perasaan dan kerisauan dengan cara yang baik..jangan tunggu lama2..

takpelah..ambil la pengajaran..kalau nak kawen ngan artis pikir la masak2..wanita dikahwini kerana agama, rupa, harta dan keturunan..bagi aku takpelah tak popular pun..

Program ini telah diadakan di Hotel Istana KL..bagus la sebab aku rasa da lama tak kluar KL, especially kawasan Bukit Bintang. Ini merupakan kali pertama pelajar undergraduate dilibatkan dalam program ini.. ianya sebagai pendedahan tentang industri perlombongan di malaysia..sebanyak 3 buah universiti yang mempunyai program geologi menghantar wakil iaitu UKM, UM dan UMS.


peserta:
affan,lin,farhana, farah,akma, me, amir, arai n
raqib(photographer)









kitorang diberikan talk pasal organisation ni, then pasal peluang kerjaya n lastly pasal tugasan geologist dalam JMG (jabatan mineral dan geosains)


hmm..memang banyak yg best...
makanan of course..
then dapat jumpe balik ngan 3 orang budak2 matrik kedah..
talk tu memang cukup informatif














Bergambar bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar- Yb Tan Sri Joseph Kurup

haha..dapat gambar camni pun jadilah













sesiapa yang berminat pasal industri mining kat malaysia bolehlah dapatkan maklumat di
http://www.mcom.com.my/index.html

konklusinya bidang perlombongan akan semakin hangat selepas ini..aku pun da mula tertarik nak join bidang ni..tapi camnepun, my focus still in petroleum for now..tgklah camne nanti
Counter-Strike
7:40 AM | Author: matgeo
Hari ni memang agak membosankan selepas interview aku dipostpone kan..sempat tengok dua movie, jalan2 sekitar ukm n yg paling lama...main game

Antara game feveret aku dari form one sampai skarang adalah counterstrike...kalau ada sesape yg tak penah dengar game ni, aku rasa korang memang anti game la kot..
walaupun aku ada gak bagitau orang, main game adalah one of the most wasteful thing..sometimes, it is not so bad afterall...dulu masa aku jaga cyber cafe, nilah game yg paling yg banyak aku main slain half life dan starcraft..


walaupun game ni aku kira da taraf klasik,but still intresting to me
















Atleast boleh la kenal senjata2..plan strategi..n i think boleh jadikan kita lebih alert..
my favorite map: dedust 1 n 2, militia dan train

camnepun..main game berpada2, coz dunia realiti lebih menarik daripada dalam game...just dont waste your life in it
ULAR
1:59 AM | Author: matgeo
Aku rasa kurang2 korang mesti penah jumpe ular kat mana2..paling koman pun dalam zoo.
so, apa itu ular? ular ialah reptilia bersisik, panjang dan tidak berkaki.
Terdapat 141 spiesis ular di malaysia..tapi hanya 37 spiesis yang berbisa iaitu 16 speisis ular darat manakala 21 spiesis ular laut.
Oleh sebab masa camping or field work kita lazim bertemu ngan ular, so maybe kita boleh share sikit pasal ular dalam post ni..

Panduan dalam gambar ni boleh digunakan untuk mengetahui jenis ular berdasarkan corak patukan..
perhatikan kedudukan dan bentuk taring















Next, marilah kita berkenalan dengan ular berbisa yang lazim ditemui di Malaysia:

Ular kapak/viper
-kepala bentuk cam segitiga
-ada warna hijau, koko
-hematotoxic..toksik kepada darah
-mengakibatkan pendarahan pada rongga badan
-lazim di kawasan penanaman, ladang getah dan hutan rendah..bahagian utara semenanjung



Ular Tedung/ Cobra
-warna hitam
-tanda hitam dan putih pada tengkuk
-neurotoxic-toksik kepada saraf

*king cobra-ular berbisa paling besar didunia






Ular katam/krait
-jalur berulang ulang
-bergerak perlahan
-neurotoxic
-lazim ditemui di bahagian pantai dan sungai







Ular matahari/coral snake
-berwarna warni
-kecil
-neurotoxic
-kawasan hutan
-"red to yellow, killer fellow..red to black, friend of jack"











Ular laut
-bentuk ekor yang leper
-semua ular laut adalah berbisa
-patukan tidak mengakibatkan rasa sakit
-mengakibatkan pereputan otot.air kencing bertukar kepada warna hitam
-of course mostly jumpe kat laut






kalau jumpe ular kat mana-mana jangan la bajet berani pi kacau dia..berundur dan ikut jalan lain..kalau dia kejar gak, campak la baju or benda lain.

Kalau kena patuk gak, jangan cemas dan jangan bergerak..jangan sedut racun or kerat bahagian yg kena patuk..tourniquet atau ikatan tak perlu untuk ular hematotoxic..
Sebolehnya kenalpasti ular tersebut...kalau tak kenal, jangan basuh luka bagi membolehkan ular dikenalpasti menggunakan bisa yang ditinggalkan

akhirnya, dapatkan rawatan di hospital


Ular sawa ni tak berbisa..tapi pastikan jangan eksyen lebih daripada yang sepatutnya..
















Aku daripada kecik dah banyak encounter ular sebab aku suka jalan2 dalam semak..penah gak jumpe bawah jambatan dan dalam buluh..alhamdulillah tak pernah lg benda buruk berlaku.

kalau nak mengenali lebih lanjut berkenaan ular, bolehlah lawat ke zoo..hope this article give us some useful knowledge..thanks 4 reading
Ada Band- Pemain Cinta
12:57 AM | Author: matgeo
Lagu ni telah menjadi lagu tema aku sejak beberapa minggu ni..
of course aku jugak meminati lagu surga cinta dan kerna wanita..
anyhow, marilah kita hayati bersama..


Pemain Cinta - Ada Band

Intro: Am C F
Am C F G
Am C F
Am C F E

Am G F
Tak habis pikir ku jadinya
Am G F G
Kau bisa membuatku cinta padamu
Am G F
Meskipun tlah berulang kali
Am G E
Kau begitu asyik mendua

Am C F Am C F G
Sudah cukup saja, sikapi kegilaanmu
Am C F Am C E
Sebelum sukmaku, kau cabik dan perih

Reff :

Am Em F C
Wahai dirimu pemain cinta
F C E
Penikmat nafsu dunia
Am Em F C
Walau dirimu begitu indah
F C E
Maaf kau tak pantas bagiku

Am C F Am C F E

Am G F
Direlung kalbu yang terdalam
Am G F G
Getaran asmara masih tersisa
Am G F
Memang dalam bermain cinta
Am G E
Kadang kau terlihat sempurna

Am C F Am C F G
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku
Am C F Am C E
Ku harus berpaling meski kau memohon

Back to Reff

Bridge :

F C
Apa yang kau dambakan
E Am
Dalam duniamu yang sungguh palsu
F C
Terpikirkah olehmu
E
Untuk dapatkan cinta yang sejati

Interlude : A F C F C E 2x

Back to reff 2x

End: Am C F G 2x

Translation: bisa-boleh, pantas-layak, sukmaku-jiwaku, cabik-carik, perih-sakiti,
direlung-didasar, kalbu-hati, dambakan-harapkan (mengikut kefahaman penulis)


enjoy...

GEMPA BUMI DI MEKAH
11:20 PM | Author: matgeo

Hari ni diberitakan telah berlaku gempa bumi di mekah..marilah kita bersama ikuti petikan akhbar berikut:

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

memandangkan mekah ni tempat suci orang islam maka bermacam2lah crita yg timbul..nak kiamat la..tambah lak perihal bau yang tidak menyenangkan itu..

Camnepun mari kita tinjau dari perspektif geologi


mekah terletak dalam plat arab yg secara umumnya bergerak kearah timur laut..terdapat sempadan mencapah iaitu di laut merah dan sempadan menumpu yang membentuk pergunungan zagros di Iran di sebelah timur

Gempa bumi lazim terjadi di sempadan menyisi (hijau) dan sempadan menumpu (ungu)

entahle..aku nak komen lebih2 pun bukan terer sangat..kang bg ajaran sesat lak..



hmm...apa pendapat korang?

XPDC GUNUNG STONG
6:32 AM | Author: matgeo
Xpdc ni bukan sekadar perjalanan fizikal bagi aku..namun, ianya lebih kepada perjalanan emosi dan perasaan...
program ini merupakan kali terakhir aku berpeluang menatap wajah, berkongsi susah senang..suka duka.. bersama dengan sebahagian sahabat2 geologi sepertimana yang telah biasa kami lakukan sejak tiga tahun yang lalu...

Baik..Inilah coretan kisah kami di gunung stong:

breakfast di bandaraya Dabong..














memulakan perjalanan memasuki gua

-semak2 yang baru diclearkan camni memang banyak kerengga..so, watch out..













terpakse menyurut n merangkak untuk melalui lubang ni..tulah, aku pun pelik camne la man boleh lepas..


















Di muka Gua Keris..siap jumpe kulit siput lagi kat bawah tu











Bersiap2 untuk mendaki..nampak tak air terjun kat belakang tu..di pucak air terjun tu la kem kitorang


masa ni tengah agih makanan untuk setiap grup.nak sampai kat kaki gunung kitorang kena naik van








Grup 1..man n the geng

man, kodi,shahril,wani, athi, atilia, k.bai, syafik..
2 org lg x dpt dikenalpasti















huhu..beg berlebihan muatan sampai ada yg putus tali..camnepun gitar mesti dibawa bersama












wah..berbaloi lalu jalan ni...memang aku respek ah orang len yg bawak beg besar2













Dah sampai kem pening kepala nak masak apa..
takpe chef laila n chef tangkas ada











tengah gotong royong memasak..













n this one..kalah candle light dinner..

makan dalam kesejukan malam, bunyi air terjun, kongsi makanan ramai2...just nice










di puncak air terjun bersama hasan sewaktu matahari masih berselimutkan kabus..


rasa macam dalam citer raja monyet tu...duduk lepak atas awan..








Pendakian ke gunung stong pada hari kedua

tengah berehat n minum air..
air sungai dah sedap..air sunquick lg la sedap










Di puncak gunung Stong...

Afan, memang penghibur sejati











jungle trekking ke air terjun pada hari ketiga..

pakai jaket keselamatan tu..memang slamat lah











amboi..hepinya masuk gambar..

camnepun, ni antara sebab aku suka tangkap gambar..kamera mampu mengubah ekspresi muka seseorang dengan sekelip mata..
yang tak penah2 nak tegur pun tetiba je nak bebaik ngan kita












jejaka geologi yang sasa2

lokman, amir, tangkas, man, shahril











semangat tolong menolong merupakan budaya yang hidup subur dikalangan pelajar2 geologi

laila..antara budak2 geo yg first aku kenal..
Satu kuliah kat matrik..tak sangka blajar ngan kau lg ek smpai skarang















melalui 'gua' granit

hmm..yg depan tu aku tak ingat nama..tapi khabarnye slalu main futsal ngan girls2 geo.
camnepun, yg melemparkan senyuman teramat manis sebelahnya tu cik O.P...







akhirnya sampai..bukak la bekal nasi goreng tu

khabarnya ada orang tak puas hati coz aku pass kotak nasi tu mintak diorang tolong bawak..
bajet injured la..tgk2 nak ngorat pompuan..haha

sorry la..lutut aku memang sakit, tapi itu x menghalang aku nak tgur kawan2 aku kan..especially budak2 bukan geo yg beria2 nak ikut xpdc ni..



pakailah jaket..bak kata member geologi lama aku, saudara hanif
"dont take unnecessary risk"











wah..hensem2 budak geologi...

3 tahun berjalan2 dan mengembara ke sepelusuk semenanjung telah mematangkan banyak budak2 geo..macam2 pengalaman ada...









tengah kemas kawasan camping..setiap sampah yang dibawak naik hendaklah dibawa turun

tapi aku still musykil, takleh ke bakar je sampah tu..any explanation?









berkumpul sebelum bertolak pulang..sesi bergambar n penyampaian sijil

thanx to altitude yg handle xpdc ni..boleh la contact diorang

http://altitude2u.multiply.com/
(promote sikit)







wah..lega akhirnya da sampai bawah..

peluh..jus sampah..smua ada
sampai2 bawah tu lega dapat mandi
















ketua rombongan menyampaikan syarahannya

gadis2 ngan aksi poyo kat blakang-
wani cirit, laila, wani UO, sarad, atilia









sesi sharing is caring..
jangan la sedih sangat weih..











emm..ada gak peserta len dah upload gak gambar dalam blog diorang blh lah bukak blog cik yana
http://fitnunnisak87.blogspot.com/2009/05/expedisi-gunung-stong.html

thanks kepada organizer n semua yg terlibat...budak2 geo yg tak folow xpdc ni tanpa sebab yg munasabah aku rasa mmg rugi la..

anyhow,kepada semua sahabat2, walaupun hanya 3 tahun bersama...kenanglah pengalaman kita bersama..biarlah ia memberi erti untuk selamanya..maafla kalau aku ada tnampak cam sombong atau membuat muka cam takde perasaan..

seperti biasa aku akhiri dengan kata2 berikut:

meeting you was fate, becoming ur friend was choice, but seperated from you was completely out of my control...nice to know you all