Aku bangun pagi tadi cam biasa. tapi selepas tu aku tringat hari ni 12 rabiul awal.jadi aku trasa nak buat sesuatu yang bermakna selain lepak kat bilik.
Then, aku bergegas mencari sebarang sambutan maulud kat internet. disitulah aku terjumpa statement 'sambutan Maulidur rasul di dataran merdeka'.tapi program tu start kul 7 pg.so aku bergegas untuk emmpersiapkan diri.
kul 8.30: aku tunggu bas kat UO. perjalanan soloku bermula. Nasib baik ada bas kiffah tiba tak lama selepas itu.
Then aku ambik komuter, lepas tu LRT putra ke masjid jamek. hujan yang masih turun renyai2 tidak menghalang hasratku ke sana. masa kat stesen masjid jamek aku mulai resah kerana ramai orang berbaju melayu telahpun bergerak pulang.
9.45 pg: akhirnye aku tiba kat dataran merdeka. masih ada persembahan yang berlangsung, namun aku ke van nescafe dulu untuk meneguk beberapa gelas nescafe.
nasib baik la ada van nescafe dan milo, boleh gak aku mengisi perut yang kelaparan.
aku terjumpe berapa orang plajar UKM. khabarnye seramai 5 biji bas terdiri daripada budak2 FPI turut kesana. aku sempat melihat konvoi bermotor dan keberangkatan pulang YDPA.
Bersama budak2 ukm semasa konvoi bermotor berlangsung.
kereta YDPA..polis pun ada gak kreta volvo.hmmm.. mewah gak kalau jadi polis pun.
selepas tu aku merayau2 untuk melihat perkara2 yang menarik di tempat kejadian.hujan masih turun ketika itu. aku memilih untuk menghadkan gambar yang ditangkap bagi mengelakkan kameraku diancam kerosakan.
selepas tamat program rtamai orang datang kat tempat duduk VIP untuk 'feel' tempat itu dan memakan sisa2 makanan.
Dalam gambar ni jugak kat blakang tu boley tengok sampah sarap yang ditinggalkan tanpa tanggungjawab.hmm..kebersihan itu sebahagian daripada iman
Tema tahun ni adalah wahdah pemangkin khaira ummah. Tapi aku tak sure sangat apa maksud dia.mintak sesapa boleh tolong huraikan
pastu aku ada sembang ngan sorang brader ni. Dia datang dari rawang smata2 nak tengok sambutan ni. Dia bagitau kalau sambutan2 cam tahun baru dan merdeka boley datang celebrate,kenapa sambutan keagamaan camni tak nak datang...terharu gak aku dengar.
Jadi untuk mengenang sempena kelahiran rasulullah boley la dengar ceramah2 dari You tube ni
1)http://www.youtube.com/watch?v=wFQgtuEYp7U&feature=related
2)http://www.youtube.com/watch?v=YXtiDzN1qB4&feature=related
lepas tu aku teruskan perjalanan di kotaraya Kuala lumpur..tapi yang tu da lain topik..so,aku tak nak citer la kat sini hehe..sekian
Atas
5 years ago
0 comments: