Gua tempurung
4:47 AM | Author: matgeo
Gua tempurung terletak di perak berdekatan bandar kampar. Secara geolognya ia termasuk dalam formasi batu kapur kinta yang terenap di laut cetek pada usia silur-perm iaitu sekitar 443 juta tahun dahulu.

di depan gua tempurung
amir sedang menyampaikan syarahannya











lawatanku ke gua tempurung telah ditemani oleh 31 orang pelajar geologi daripada tahun 1, 2 dan tiga serta beberapa orang pelajar master.
peserta2 program

Terima kasih kepada jawa dan hasan yang bertungkus lumus berusaha untuk menyiapkan banner tapi tak dapat pi program...kesian









Agenda program
8.30 : sampai gua tempurung
8.35 : Taaruf dan sesi perbincangan ilmiah
8.50 : sesi fotografi
9.00 : streaching dan senaman
9.15 :Taklimat oleh pengurusan gua
9.30 : masuk gua
12.00 : kluar
12.10 : tukar baju dan mandi
12.30 : makan

Gua tempurung ni antara gua batu kapur yang diuruskan paling baik kat semananjung. ada banyak misteri dalam gua ni. Komunis, kes pembunuhan, harta karun dan macam-macam lagi dapat didengar disini. ada gak banyak bentuk binatang, manusia dan mitos2 lain boleh dikenalpasti di dinding2 batu kapur tersebut.


Third year geo darikiri:
jannah, amir fahmi , farah, asiah, wani, ezza, madihah, naza n amir














berkumpul di underground river untuk berehat












kitorang ambik pakej 3 dimana ada masuk dalam underground river, ada sliding, masuk dalam lubang dan beriktikaf sejenak dalam gua sambil semua lampu dipadamkan.bayaran untuk pakej ni adalah RM10 .termasuk ngan insurans dan guide yang akan mengiringi serta memberi penerangan sepanjang perjalanan.


ni sebelum turun lubang..agak seram a











memang best masuk gua ni..sebab benda yang kita jumpe memang unexpected.memang surprise sepanjang perjalanan.walaupun aku da penah caving kat gua kelam dan gua musang, tapi gua tempurung ni paling best stakat ni.


Ni masa nak sliding
teknik: lurus dan rapatkan kaki, guna tangan sebagai brek









kalu berminat boleh rujuk
http://www.guatempurung.com/main.php
This entry was posted on 4:47 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On March 7, 2009 at 12:34 AM , infoperdana said...

ce blog..suka tgk blog2 kembara alam mcm ni..huhu.teruskan berblogging...klu boleh ltak la shout box..blh ambo letak comen n chat..huuu

 
On March 7, 2009 at 7:54 AM , matgeo said...

beyeh..nanti kawe letak..trima kasih atas sokongan