Weekend lepas. selama 3 hari 2 malam aku merantau lagi. kali ni agak ilmiah sikit. lokasi pengembaraan: UTM, UTHM dan juga UTeM. Dalam program ni aku lebih mengenali exco2 dan organisasi rakan muda. what can i say, they are very lucky. link banyak kat univ lain, senang nak wat lawatan.
So, nilah laporan ringkas program:
UTM-masa kitorang pegi ni tengah pesta konvo. kebetulan anak sedara aku dan member kat HUKM pun ada datang. tapi tak sempat gak nak jumpe diorang.
-Unexpectedly jumpe amin, budak sebelah bilik aku kat q-ber.
-tido kat kolej 16. nice view...especially di pagi hari
-gi jalan-jalan kat hutan rekreasi sambil main game
Ni masa kat hutan rekreasi UTM. depan kolej Palapes..
UTHM-waa..tempat ni mengingatkan aku kepada matrik, especially astaka dia.
-kayak aku terbalik, nasib baik tebalik kat tepi kolam. cuma ok la, berpeluang gak aku taste air kat tasik tu.
-Tido kat rumah tetamu, siap ada TV lg..malam tu tengok filem kat chanel singapore dalm gelap. Sempena meraikan kempen earth hour
Masa kat kolam selepas berkayak...enjoy beb
bersama dengan rakan muda dan kelab kayak UTHM..best nye kalau UKm boleh bukak balik facility kayak kat tasik kejut tu
Breakfast depan blok penginapan..bersama kumar n timb. pres rakan muda UTHM (sorry x sure nama..huhu)
UTeM-kitorang pi kampus sementara kat kawasan MITC
-memang advance la sistem. masuk dewan kuliah kena scan kad, tanda attandance program pakai komputer n masa pinjam buku lak tak perlu scan, letak je atas tray sebab buku da ada cip didalamnya.
Muka-muka hensen student-student engeneering kat Utem
Bandar Melaka-first time aku menjejakkan kaki ke bandar melaka. akhirnya sampai gak ke A famosa yang terkenal.
-feeling la kat situ, mengenang tapak tamadun melayu yang tersohor seantero dunia. cuma peliknya tak banyak dah tingggalan kemelayuan kat situ..anyhow, bila bercakap tentang empayar melayu melaka, aku bangga menjadi anak melayu..
Kat bandar melaka bersama saf-saf kepimpinan rakan muda
ok lah..tu je kot..sedikit sebanyak..to the organizer, nice job..
memory will fade, but friendship last forever...
BESTtnye hari ni...akhirnya BAb 1 , 2 dan 3 tesis dah hantar..petang ni plak akan start jelajah IPTA...jadi sebelum bertolak ni aku ingt nak tulis la blog panjang sikit.
27hb..Hari ni genaplah 2 bulan aku join kembara seri perpatih..tapi, pengalaman kat sana masih segar diingatan..emm..memang aku respeklah PEMANIS UKM sebab mampu buat program sebegitu mantap, tahniah2..
Program ini menggabungkan banyak elemen seperti gotong royong, lawatan, motivasi, konvoi, kebudayaan dan macam lagi yang menjadikan ia 'Ultimate adventure programe' yg aku join stakat ni..
Program ni ramai yg join.. yelah 5 bijik bas, pastu campur lak beberapa puluh motor lg..jadi kembara ni membolehkan aku berkenalan ngan ramai budak2 UKM dan universiti luar, serta tak dilupakan budak2 kat HUKM.
Aku bersama-sama member kamcing aku dari FST iaitu Aliadi, hasan dan yus buat penggambaran kami sendiri sepanjang kembara dengan menggunakan Videocam pinjaman..tema yang dipilih..'mencari cinta'
Lawak gak rasanya bila pikir-pikir balik, tapi yelah..final year, masa ni la nak wat benda merepek sikit..
Bersama pelakon yang terkenal tapi kurang dikenali olehku
Santai..beriktikaf di masjid sambil bebicara benda-benda yang ilmiah.
Lawatan ke kilang sos
-ada yang semangat nak makan..nasib baik ada gak yang berminat nak mendapatkan ilmu..
tapi memang sedap la kropok cicoh nge colek kat situ
Ok..dibawah ni merupakan peserta-peserta kembara yang sempat aku ambik gambar mereka semua masa lunch last bersama Dato' Undang kat Muzium Adat...
first, mintak izin ek letak gambar korang kat sini..tapi sebab masa program tu ada orang mintak gambar-gambar ni..so, aku letak kat sini jelah ye..
Meja 1
ni meja aku..semua kuat makan, jenuh waiter tu nak melayan...
yus, sharif, khairul, najmi..thanks for the unsplited contribution
Meja 2
mat-mat macho..campuran dari negeri jelapang padi
Meja 3
yang ni ada grup ustazah 2, 3 orang..
yg len asal usul tak dikenalpasti..tulah..sapa suruh tak cuba nak kenal2 ngan aku masa program.. hehe
Meja 4
skali pandang nampak cam meja budak2 baik..ye la tu kot..tapi apasal ada 7 orang je ni..ke, saje je nak makan lebih..
meja 5
emm.ni geng campuran..maz n jue, mek klate yang cun...zety, budak nursing..
Meja 6
ha..ni meja cik-cik adik dari HUKM kot..jarang nampak kat bangi..cuma yang familiar, busmateku cik ifah hehe
Meja 7
waa..bizinye, orang tangkap gambar dia belek kamera pulok..nasib baik tablemate lain smangat..cayalah!
Meja 8
Gadis-gadis di tepian pagar
Meja 9
ok, senyum..aik, separuh je senyum ni
Meja 10
Ni geng universiti luar rasanya..wan dari UMT..fadhullah dari UPSI
Meja 11
ni meja akak2 urusetia yg rajin2..special tribute to lina yang bertanggungjawab mendaftarkan aku ke program ni..thanks
Meja 12
control cun ye adik-adik..nak tangkap gambar ni...nanti nak tunjuk kat satu malaysia hehe
Meja 13
ni mat2 motor..shahril n the geng
Meja 14
ni macam meja kapel je..
Meja 15
who's here..adik melly yang sentiasa happy..yana yg suka bertanya n some familiar face that i have forgotten the name
Meja 16
waa..dasyat nih.. lelaki tunggal diapit gadis-gadis jelita..siap palapes pun tackle gak
Tulah antara peserta-peserta, yang lain tak tahulah sesat kat mana. But memang jamuan dia best..tapi aku tak tahu apa nama resepi tu..daging salai kuah kuning kot..
sesi interview bersama orang kg.
adat pepatih..cukup unik sekali..sungguh semangat p. cik ni explain kepada kami
memorial of mister writing
hmm..banyak nak share sbenarnye..tapi cukup la dulu kot..oklah, aku akhiri post ni ngan satu pesanan buat semua peserta KSP 2
Teman..
jadikanlah pertemuan ini satu permulaan...
Indahnya dipertemukan kita walau sesaat jua
Namun kehadiranmu kurasa amat bermakna
jika kadangkala tutur kataku mengundang duka
anggaplah itu lumrah sebagai manusia
Namun kenanglah juga saat gembira
aku doakan kita berjaya
menempuh hidup dan menggapai cita-cita
Ada rezeki kita jumpe lagi ye..jangan wat2 tak kenal lak hehe
Waa..lamenye aku tak tulis blog..sebab minggu ni n 2 minggu akan datang merupakan masa yg aku akan bertungkus-lumus menyiapkan tesis...
Tajuknya: Penilaian hakisan di kawasan Hulu Kelang, Selangor..
Hmmm...hari ni maybe aku boleh share antara lab work yang aku kena wat iaitu kajian petrografi. kajian ni memerlukan aku membuat sampel dalam bentuk keratan nipis @ thin section. kemudian tugasku adalah mencerap sampel tadi dibawah mikroskop petrografi...bunyinya macam mudah, tapi memerlukan kemahiran, kesabaran dan ilmu yang tinngi sekali.
ni proses memotong batu kepada bentuk yang cantik seperti yang diingini.
lepas potong ni ada lagi proses yang kompleks diamana batu tersebut perlulah dilekatkan pada slaid kaca.
Then batu itu dinipiskan sehingalah mencapai lebih kurang 30 micron meter.
Pencerapan dibawah mikroskop ni antara kegemaran aku. 'rocks can be so magneficent under microscop'.
jadi, tugasku adalah :
1. kenal mineral yang ada
2. anggar peratus mineral
3. kenalpasti
-hubungan antara mineral..cth: mana yg trbentuk dulu.
-batu ni berasal dan terbentuk kat mana
Akhirnya, inilah antara gambar sampel-sampel aku yang telah berjaya disiapkan.
Syis Formasi Dinding
Granit Banjaran besar
kajian petrografi bagi aku merupakan ilmu asas sebagai geologist..such a shame if we can't identify them...
"Batu..makhluk diam yang tidak berkata-kata, namun memberi jawapan tanpa perlu berbicara"
Semlam aku sekali lagi terpaksa ke permata..masa pegi cam biasa la..excited and happy je.
of course expectation aku boley makan best2, dan expectetion aku tak silap..
Tapi, time nak balik tu aku rasa smacam lak..tetiba terlintas dihatiku mungkinkah ni kali terakhir aku kesana..
macam2 bermain difikiran..kegawatan ekonomi, cari keje lain, test tadi tak lepas, nak jadi lecterur ke..semua isu2 ini mula berterbangan di dalam benak fikiranku..
Takpelah, at least petronaslah bertanggungjawab yang memperkenalkan aku keapda geologi..bidang yang kurasakan paling sesuai dengan minatku yang suka berjalan-jalan..
kini aku doa lah supaya terpilih gak interview tu..tak dapat keje pun, dapat interview pun jadilah..sebagai pengalaman untuk kuhadapi hari mendatang
potret terkhir di permata??
kepada semua rakan seperjuangan, semoga berjaya mencapai yang terbaik dalam hidup
Tadi aku baru je balik dari satu lagi program kelab geo iaitu career expo...program ni berlangsung selama 2 hari, which is today n tomorrow.
program ni dibuat sempena budak2 third year yang nak grad termasuklah aku. Selain itu terbuka juga kepada sesapa2 yang berminat untuk tahu pasal kerjaya yang sangkut paut ngan geologi ni.
Geology career exposition di bangunan geologi, FST
aku tak sempat sangat nak dengar talk sebab aku kena uruskan jamuan.tapi takpelah, tak rugi sangat coz dapat makan banyak hehe..
silakan, makanlah mana yang ada. tak kenyang, balik makan kat umah ye..
Anyway, kepada yang tak pergi hari ni, esok masih sempat lg. ada teknik menulis resume, forum, technical talk DLL. so pegilah ramai2 memeriahkan bangunan geo. program ni jugak terbuka kepada student bidang2 lain terutama pelajar FST dan Kejut. jangan risau 'makanan ringan' disediakan.
Antara peserta-peserta yang sedang khusuk dengar ceramah. tapi biasa la, time tangkap gambar ni mesti la control2 sikit..
Tahniah kepada semua ajk especially amir dan sara..sorry coz aku rasa tak menjalankan tugas dengan baik
1st Regional Conference on Asia-Pacific Geoparks and Business Dialogue 2007Conference kat langkawi ni merupakan conference international pertama yang aku sertai. Ianya melibatkan wakil daripada seluruh asia pasifik untuk membincangkan bidang pelancongan berasaskan geologi ataupun Geopark'
.
Tempat conference:
Langkawi International Convention Centre
aku bersama-sama ngan harizal je merupakan peserta lelaki second year disebabkan penyertaan yang terhad. Takpelah, yang pentingya Conference sebegini membolehkan aku melihat sendiri bagaimana perlunya komuniti geologi yang mempunyai matlamat yang sama saling bekerjasama antara satu sama lain.
Di salah satu booth:
Harizal@ komando, best fren aku masa conference ni huhu..
Conference ini jugak dibuat bersempena pengisytiharan langkawi sebagai salah satu geopark dibawah UNESCO. Kejayaan pengisytiharan ini banyak disumbangkan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia yang berpangkalan di UKM.
Makanan memang best especially masa dinner opening ceremony bersama-sama MB kedah
kitorang, student geologi dari ukm sebanyak sebiji bas mendapat keistimewaan yang sama dengan peserta berbayar. cuma tidur je jauh sikit iaitu kat kawasan kereta kabel Gng. Mat chinchang.
Zaman muda-muda..kat tempat penginapan depan Gunung Mat Chincang
So, nasihat aku kepada junior2 geo, kalaua ada orang tawarkan untuk ke conference samada sebagai AJK mahupun peserta, korang join je. Memang banyak manfaatnya.
Memandangkan nama blog ni Matgeo, jadi aku merasakan perlunya untuk aku berkongsi tentang pengetahuan geologi kerana bagiku ilmu geologi, iaitu ilmu mengenal bumi merupakan ilmu basic yang perlu dimiliki oleh setiap orang.
Jadi aku akan memulakan dengan asas pembelajaran dan perolehan ilmu geologi iaitu melalui
kerja lapangan.
Dalam Field work ni, kita memerhatikan alam sekeliling dan mentafsir:
- apa yang telah berlaku
- apa yang akan berlaku
-bagaimana unutk menganbil iktibar dan keuntungan daripada apa yang telah berlaku
Di mana- mana kerja lapangan, perkara berikut perlulah diperhatikan:
-Lokasi
-batuan
-struktur
-geomorfologi
-Fosil
Lokasi1.Lokasi merupakan tempat dimana cerapan dilakukan
2.Tempat cerapan boleh ditentukan dan ditanda dalam peta menggunakan bantuan GPS, kompas ataupun maklumat topografi
Pelajar menanda lokasi dan cuba melukis singkapan yang diperhatikan serta cuba meramal apakah yang telah terjadi di kawasan tersebut
Batuan1.Batuan merupakan bahan bumi yang didapati di kawan kajian
2.Batuan boleh dikelaskan kepada batuan Igneus, metamorf dan sedimen mengikut cara pembentukannya
3.Sampel batuan biasanya diketuk dengan tukul dan diambil sebahagiannya untuk dianalisa di makmal
aspek yang diperhatikan:
-saiz butiran
-warna
-corak pada batuan
-mineral yang terkandung
-komposisi mineral
batuan ini merupakan batuan metamorf
dan secara tepatnya dinamakan syis kuarza mika
Struktur1. Struktur boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan cara pembentukannya iaitu:
- terbentuk semasa batuan itu terjadi
- terbentuk akibat aktiviti pergerakan bumi selepas batuan itu terbentuk
2. Bacaan yang diambil adalah saiz dan arah, dengan menggunakn kompas dan pita pengukur.
hmm..mesti korang pernah lihat corak ni..cuba teka ni struktur apa?
sebenarnya ni merupakan kesan riak yang terbentuk kat kawasan pantai. Jadi, daripada maklumat ni kita dapat tahu arah aliran air laut dan kawasan asal batu ni terbentuk
Ni pulak merupakan struktur selepas batuan terbentuk. Dapat diperhatikan jaluran mineral putih tersebut telah terputus akibat pergerakan batuan.
Pergerakan ini dipanggil sebagai sesar
"sesar songsang yang telah memotong mineral kalsit pada batu kapur Formasi Setul dengan anjakan sebanyak 5cm"
Geomorfologi1.Geomorfologi merupakan bentuk muka bumi kawasan tersebut.
2. Bentuk ini membolehkan kita meramalkan jenis batuan, kawasan batuan ini terbentuk DLL
kat background tu kita dapat lihat satu bukit. Itu merupakan bukit batu kapur yang dikenali sebagai Mogot.
kita dapat kenal bukit batu kapur kerana biasanya ia terpisah-pisah dan mempunyai cerun yang curam serta daripada warna batu dan tanahnya.
Yang ruang kosong tempat kitorang duduk ni juga merupakan morfologi pada batu kapur. Namanya takik laut. Ianya terbentuk hasil daripada hakisan ombak. Jadi, struktur ni boleh digunakan sebagai penanda aras air laut zaman dahulukala
Fosil1.Fosil merupakan hidupan kuno yang terawet dalam batuan samada haiwan ataupun tumbuhan
2. Gambar fosil perlulah diambil dan fosil tersebut haruslah dikenalpasti jenisnya
Ni merupakan fosil moluska. sedara2 tiram la lebih kurang. fosil amat penting bagi menentukan usia batuan dan sekitaran pengendapan
aku harap post ni dapat memberi gambaran sedikit sebanyak kepada ilmu geologi dan kalau korang ada soalan, silakanlah bertanya.
"Geologi..ilmu mengenal pencipta"
Today is a very intresting day for me because i have the chance to go to the parliment, the most respected institution in Malaysia. The tour was organized by Ikatan studi islam (ISIUKM).
in front of parliment.At our back, there's a big clock that is actually moving.
we gathered at panggung seni at 9.30 a.m. We have two bus going for the tour. The program is handled by zul as the chief director.
some of the participants. Many are reluctant to take picture. so, not much happy face can be seen in the pictures
we arrived there around 11.am. we have a very complete check by the pak n mak guard especially clothing and electonic device before we can enter the building.
Its such a great moment to be there with the chosen one which is the wakil rakyat. Eventhough there are some familiar face like ibrahim ali, nurul izzah, karpal singh, lim kit siang but there are more unrecognized face. I think maybe they need more publicity.
Inside the Dewan Rakyat where ahli parlimen sit. Beautifully designed..
The importance of the tour for me:
- met new friends
- have the chance to feel the environment in the parliment
- the food is delecious
- observe the car of the wakil rakyat. hmm..impressive
- knowledge about the process that go through in the building
But the most important thing, i'm now intrested to be one of the wakil rakyat if i have the chance. I's such a big difference you can make, by being one of the people in there to change Malaysia into a better place.
Picture is a must eventhough in a hot sunny day.
hari ni aku tulis english coz aku ada interview this saturday. so, kena start practice la english..huhu.. wish me gud luck!