katanya manusia ni boleh dikategorikan kepada pasif, asertif dan agresif..
orang pasif ni selalu pendam perasaan..orang tanya tak nak kongsi..simpan je dalam hati...sedih, menangis sorang2..lama2 meletup dan jadilah macam kes dibawah
KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.
Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.
Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.
“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.
“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.
Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.
“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.
“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.
Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.
“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.
“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.
Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.
“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.
“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.
Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.
“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.
Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.
“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya. (dipetik daripada my metro)
aku petik berita ni bukanlah niat nak mendedahkan kes rumah tangga orang..just for us to take some lesson..hope takde yg tersinggung k
hmm..susah betul kawen ngan artis ni ek...tak kira la lelaki or perempuan..benda kecik pun boleh jadi besar...kesian, da ada anak sampai 6 orang last2 menuju ke penceraian..
by da way, kita digalakkan bersikap assertif..luahkan perasaan dan kerisauan dengan cara yang baik..jangan tunggu lama2..
takpelah..ambil la pengajaran..kalau nak kawen ngan artis pikir la masak2..wanita dikahwini kerana agama, rupa, harta dan keturunan..bagi aku takpelah tak popular pun..
16 comments:
saya tak popular. saya biasa2 aje. hehe..
tapi setuju. dugaan alam perkahwinan orang bukan artis pun hebat. ni kan plak artis.
dunia oh dunia!
hmm, sy bru je hbs bca berita ni td.. xsgka, lma dh dgr soksek2 psl ni, rupa2nya btul.. ni la yg sy xska, related ngn post terbaru sy, yg no. 3, http://fitnunnisak87.blogspot.com/2009/05/tak-suka-tak-suka-tak-suka.html
capiqa-
yup tuan puteri..nak kawen susah, dah kawen lg susah,nak becerai pun susah jugak..dunia oh dunia
yanna-
hmm..tulah..imej elok dah..ada plak kes2 camni..susah2
..LOL siap bahas ngn bos issue nie td.
at da end kira LOL menang.
haha..
lebey kurang sama ngn kes Norman...
artis or not bukan masalah utama. masalah utama adalah ilmu dan pengetahuan dalam hal ehwal perkahwinan.
isteri sangat mudah masuk syurga tapi ingat mudah juga ke neraka.
selagi dia mentaati suami, insya ALLAH pintu syurga terbuka luas untuk mereka.
bagi aku, perempuan tiada hak untuk membuat kenyataan, meminta cerai, sekiranya suaminya masih menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami, walaupun dia mempunyai 'perempuan lain'.
lotsoflove-
ye ke..dah jadi isu pejabat gak ek hehe..
hmm..norman ngan abby dua2 plakon..entahle, nak pecaya pun susah..maybe hidup satu sandiwara 4 them
altair-
hmm..betul gak tu..slagi suami menjalankan tanggungjawab..aku rasa ok je..
cuma maybe komunikasi antara diorang kot..seperti kata lecterer aku tadi..jadilah asertif.. huhu
to altair:
jgn la menganggap yg perempuan ni xde hati dan perasaan,, suami keluar bersuke ria ngn pompuan lain, isteri di rumah makan hati,, sy rse die ade hak nk minta cerai,, sebb die xbahagia kawen ngn si suami,so kire nye suami gagal melaksanakan tnggjwb dr segi batin isteri,, ustaz pon wat prangai mcm ni,,tkut sy nk pikirkn possibility lelaki lain yg bkn ustaz,,
kesian maizawati..
anak-anak jadi magse..
isteri malu..
keluarge malu..
pk pk kan anak tu.. nti depa membesar ngan jiwa yang sgt sensitif..
ive been there once.
anonymus-
haha..susah betul nak cari lelaki berkualiti..stuju..
tapi yelah..perempuan yg baik untuk lelaki yg baik..i think just dont expect too much from who we are
seri-
feel sorry for you..same like my friends, its hard for them.
.so parents, think not only about yourself..but also to others
kes akhil ni berat..
pempuan2 dah saling buka mulut.
akhil?
lelaki kan cool..especially benda2 camni..tak guna besar2 crita..hehe
cool??eleh,,pdhal da tkut sbb temberang sudah pecah ma,, hihih,, ni la laki salu tamak,, akhirnya,, yg dikejar xdpt,,yg di kendong berciciran,, nasehat tok che amad,,setia la pd yg satu wlupn ade kuota 4 jgn sesekali mengambil kesempatan sbb xsume prmpuan tabah utk dimadukn,,hee~~
haha..camnepun lelaki tetap lelaki..
hmm..setia pada yang satu??..i choose to setia pada yang perlu kot hehe
aku pom xpaham..punya la cantik bini die tu..nak jgak cari org lain..ishhhh
im da person yang suke pendam...n memang menyakitkan..
tapi dah sebati dengan idup sye
lgpn,ade sebab why some1 tu pendam n tanak cite ngan org..
maybe..die tanak nyusahkan org, die pikiq..diam adelah cara yang terbaik..like me..
hehe..
em..meluahkan perasaan dalam hati dengan cara yang betul..
susah...
hoho
m i rite?
saiful-
tulah..anak 6 pung tp nampak lawa lg pada wahida tuh..
life-
kadang2 orang ni tak tahu yang kita sayang kat dia..sharing is caring what..n when we share something, it means we trust him..betul tak