Tips Memilih Tempat Khemah
7:17 AM | Author: matgeo
Hmm..kali ni kita share sikit pasal mendirikan khemah..kebanyakannya aku edit daripada artikel dalam altitude nye website

Biasanya masa nak pasang khemah mesti kita tertanya-tanya, kat mana ye nak pasang khemah ni?
dan member2 kita ada yang menjawab...'alahhh...cari je tempat rata janji bawah jangan ada tunggul'...' Buat je tepi sungai senang nak ambil air'.....'kat bawah pokok lah redup sikit'..'Sini tempat cantik.. sejuk, angin lalu'..dll

Here's some tips that can help us decide a good place to palce our tent:

Pemilihan Tapak Perkhemahan

a) Tanah yang rata

b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit

c) Berdekatan dengan punca air

d) Mendapat sinaran matahari

e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai


Mendirikan Khemah

a) Dipasang di atas tapak sesuai yang telah dipilih

b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin

c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi

mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada

gangguan angin

d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak

e) Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5 - 8 meter


Larangan Semasa Berkhemah

a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air

b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )

c) Semak samun atau kawasan belukar

d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak

e) Diatas tebing tinggi dan curam

f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati

g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )

h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram

i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove























Hope this helps..slamat berkhemah

This entry was posted on 7:17 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

On June 17, 2009 at 6:36 PM , Sri said...

ooo... nape takleh tepi akar mati?? kat tepi busut? ade melibatkan mistik2 ni ka??

 
On June 17, 2009 at 7:37 PM , lucky said...

thx 4 sharing diz.. hehe..

 
On June 17, 2009 at 9:55 PM , matgeo said...

hmm..maybe tak nak bagi semut and anai2 masuk tidur bersama2 ngan kita

 
On June 17, 2009 at 10:14 PM , ♥Fitnunnisak♥ said...

hmm, teringat berkhemah kt gng stong bru ni..huhu

 
On June 18, 2009 at 8:17 AM , Cikgu Ije said...

bab pintu khemah tak mengadap arah angin tu la paling diigti. uhu..

bukan best ke kalau bukak je pintu khemah, angin sepoi2 masuk. haha

 
On June 21, 2009 at 2:20 AM , Dearie Pearls said...

dulu LOL pernah join perkhemahan pengakap..
Hujan lebat dan terpaksa buat khemah baru..
time tue giler ar..
xleh nak tdo.. hujan lebat..
hohoooo..
and thanks for da tips ok..

 
On June 21, 2009 at 3:21 AM , matgeo said...

yana-
hehe..kem baha kat gng stong memang best..

ije-
yup..kena plak time ribut kat tepi pantai...Hmm..tringat masa field work kat bukit kluang dulu huhu

LoL-
wow..pindah khemah masa hujan..cam best je hehe