SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.
‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.
‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.
‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.
‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.
Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.
‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.
‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.
Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.
Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.....-dipetik daripada utusan malaysia
hmm..perlukah dihadkan pengambilan subjek..adakah kerana telah menjadi trend bagi pelajar2 untuk mengambil sebanyak mungkin subjek dalam exam...sehingga ramai mementingkan kuantiti daripada kualiti..atau sekadar untuk dijadikan alasan tak perform sebab ambik paper terlalu banyak...
Dulu aku ambik 10 pun da rasa banyak sangat dah...da banyak hilang nikmat hidup sebagai remaja ...tapi takleh la kan nak compare ngan aku yang agak malas ni..
ok lah..kepada adik2 blajar la rajin2..biar dapat masuk univ cam abang hehe..
Pokok?
8:15 PM
| Author:
matgeo
Antara benda yang paling best dalam hidup adalah bila menerima hadiah..especially dari seorang yg kita care..tapi kalau orang tu kita tak care pun takpe, as long as dia ingat kat kita..it make us feel appreciated..betul tak..
well i got something this morning..a painting attached with some words..
by da way, aku dulu memang suka melukis..ingat lagi masa kat matrik dulu aku lukis kartun untuk program hari kerjaya..
anyhow, here's the painting:

well i'm not a truly artistic person to appreciate such work...but i like to comment things..n when i commnent things..i usually look at the fact first
1.pokok ni takde daun
2.background dia warna hijau
3.pokok ni banyak dahan dan ranting
4.ada rumput je yang tumbuh sekeliling pokok tu
5. bentuk silara pokok ni bulat
ok..skarang ni baru la boleh aku letak pendapat aku yang mengarut ni...just to put some explanation towards this paintings..
hmm..pokok takde daun samada dah mati or prepare for winter..maybe the tree is predicting something bad n preparing for it to survive..it means it knows what best fot it, tak kisahlah orang kutuk macam mana pun..
Background warna hijau..hijau ni warna ketenangan..maybe its looking for some peace
Banyak dahan dan ranting means pokok ni pernah hidup subur dulu..n show its strong enough to handle the future
Ada rumput je..maybe pokok ni kesepian..tapi kurang2 ada rumput takde la kesepian sangat kot
Bentuk bulat..bagi aku ianya melambangkan kesempurnaan..
But still...among all creature, why must a tree? well only the painter know the true answer..
anyhow..thanks ye..n the words touch me alot..
maklumlah for someone yang dikatakan tidak menghargai sahabat seperti aku...tak sangka lak kata2 tu boleh keluar..
|
haha..berita ni telah menjadi bahan kuliah lecterer aku tadi..
katanya manusia ni boleh dikategorikan kepada pasif, asertif dan agresif..
orang pasif ni selalu pendam perasaan..orang tanya tak nak kongsi..simpan je dalam hati...sedih, menangis sorang2..lama2 meletup dan jadilah macam kes dibawah
KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.
Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.
Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.
“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.
“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.
Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.
“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.
“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.
Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.
“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.
“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.
Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.
“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.
“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.
Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.
“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.
Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.
“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya. (dipetik daripada my metro)
aku petik berita ni bukanlah niat nak mendedahkan kes rumah tangga orang..just for us to take some lesson..hope takde yg tersinggung k
hmm..susah betul kawen ngan artis ni ek...tak kira la lelaki or perempuan..benda kecik pun boleh jadi besar...kesian, da ada anak sampai 6 orang last2 menuju ke penceraian..
by da way, kita digalakkan bersikap assertif..luahkan perasaan dan kerisauan dengan cara yang baik..jangan tunggu lama2..
takpelah..ambil la pengajaran..kalau nak kawen ngan artis pikir la masak2..wanita dikahwini kerana agama, rupa, harta dan keturunan..bagi aku takpelah tak popular pun..
|
Program ini telah diadakan di Hotel Istana KL..bagus la sebab aku rasa da lama tak kluar KL, especially kawasan Bukit Bintang. Ini merupakan kali pertama pelajar undergraduate dilibatkan dalam program ini.. ianya sebagai pendedahan tentang industri perlombongan di malaysia..sebanyak 3 buah universiti yang mempunyai program geologi menghantar wakil iaitu UKM, UM dan UMS.
peserta:
affan,lin,farhana, farah,akma, me, amir, arai n
raqib(photographer)
kitorang diberikan talk pasal organisation ni, then pasal peluang kerjaya n lastly pasal tugasan geologist dalam JMG (jabatan mineral dan geosains)
hmm..memang banyak yg best...
makanan of course..
then dapat jumpe balik ngan 3 orang budak2 matrik kedah..
talk tu memang cukup informatif
Bergambar bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar- Yb Tan Sri Joseph Kurup
haha..dapat gambar camni pun jadilah
sesiapa yang berminat pasal industri mining kat malaysia bolehlah dapatkan maklumat di
http://www.mcom.com.my/index.htmlkonklusinya bidang perlombongan akan semakin hangat selepas ini..aku pun da mula tertarik nak join bidang ni..tapi camnepun, my focus still in petroleum for now..tgklah camne nanti
Hari ni memang agak membosankan selepas interview aku dipostpone kan..sempat tengok dua movie, jalan2 sekitar ukm n yg paling lama...main game
Antara game feveret aku dari form one sampai skarang adalah counterstrike...kalau ada sesape yg tak penah dengar game ni, aku rasa korang memang anti game la kot..
walaupun aku ada gak bagitau orang, main game adalah one of the most wasteful thing..sometimes, it is not so bad afterall...dulu masa aku jaga cyber cafe, nilah game yg paling yg banyak aku main slain half life dan starcraft..

walaupun game ni aku kira da taraf klasik,but still intresting to me
Atleast boleh la kenal senjata2..plan strategi..n i think boleh jadikan kita lebih alert..
my favorite map: dedust 1 n 2, militia dan train
camnepun..main game berpada2, coz dunia realiti lebih menarik daripada dalam game...just dont waste your life in it
ULAR
1:59 AM
| Author:
matgeo
Aku rasa kurang2 korang mesti penah jumpe ular kat mana2..paling koman pun dalam zoo.
so, apa itu ular? ular ialah reptilia bersisik, panjang dan tidak berkaki.
Terdapat 141 spiesis ular di malaysia..tapi hanya 37 spiesis yang berbisa iaitu 16 speisis ular darat manakala 21 spiesis ular laut.
Oleh sebab masa camping or field work kita lazim bertemu ngan ular, so maybe kita boleh share sikit pasal ular dalam post ni..



Panduan dalam gambar ni boleh digunakan untuk mengetahui jenis ular berdasarkan corak patukan..
perhatikan kedudukan dan bentuk taring
Next, marilah kita berkenalan dengan ular berbisa yang lazim ditemui di Malaysia:
Ular kapak/viper-kepala bentuk cam segitiga
-ada warna hijau, koko
-hematotoxic..toksik kepada darah
-mengakibatkan pendarahan pada rongga badan
-lazim di kawasan penanaman, ladang getah dan hutan rendah..bahagian utara semenanjung
Ular Tedung/ Cobra-warna hitam
-tanda hitam dan putih pada tengkuk
-neurotoxic-toksik kepada saraf
*king cobra-ular berbisa paling besar didunia
Ular katam/krait-jalur berulang ulang
-bergerak perlahan
-neurotoxic
-lazim ditemui di bahagian pantai dan sungai
Ular matahari/coral snake-berwarna warni
-kecil
-neurotoxic
-kawasan hutan
-"red to yellow, killer fellow..red to black, friend of jack"
Ular laut-bentuk ekor yang leper
-semua ular laut adalah berbisa
-patukan tidak mengakibatkan rasa sakit
-mengakibatkan pereputan otot.air kencing bertukar kepada warna hitam
-of course mostly jumpe kat laut
kalau jumpe ular kat mana-mana jangan la bajet berani pi kacau dia..berundur dan ikut jalan lain..kalau dia kejar gak, campak la baju or benda lain.
Kalau kena patuk gak, jangan cemas dan jangan bergerak..jangan sedut racun or kerat bahagian yg kena patuk..tourniquet atau ikatan tak perlu untuk ular hematotoxic..
Sebolehnya kenalpasti ular tersebut...kalau tak kenal, jangan basuh luka bagi membolehkan ular dikenalpasti menggunakan bisa yang ditinggalkan
akhirnya, dapatkan rawatan di hospital

Ular sawa ni tak berbisa..tapi pastikan jangan eksyen lebih daripada yang sepatutnya..
Aku daripada kecik dah banyak encounter ular sebab aku suka jalan2 dalam semak..penah gak jumpe bawah jambatan dan dalam buluh..alhamdulillah tak pernah lg benda buruk berlaku.
kalau nak mengenali lebih lanjut berkenaan ular, bolehlah lawat ke zoo..hope this article give us some useful knowledge..thanks 4 reading
