Khidmat masyarakat kat zoo negara memang best. hari tu aku berkesempatan join kelab penyayang ukm ke sana.
Bekumpul seawal 7.00 pg lg kat pusanika, sampai sana dalam kul 9 pg camtu. Then kitorang diberi taklimat oleh pegawai zoo dan kitorang dipecahkan kepada beberapa grup. Setiap grup diberi rumah haiwan angkat masing2. aku telah diberi kepercayaan untuk berbakti di RUMAH REPTILIA. of course sekali dengar cam seram gak a.
skali nagn aku ada 7 orang. antara tugas yang dibuat:
1. cuci tempat pembiakan tikus. aku suka main2 ngan tikus ni, tapi bau dia alergik sikit. nasib baik ada topeng. rasa slamat la sikit. kitorang kena tukar air minuman dan bersihkn kediaman2 tikus tersebut. lepas tu membersihkan kawasan sekitar rumah reptilia tu

gotong royong ngan syuk.bagus ah, nasib baik dapat partner rajin camni
2. Bagi biawak ngan ular makan. yang ni aku kureng sikit coz tikus2 yang kiut tadi kitorang bagi makan kat biawak dan ular yang membaham tikus tersebut dengan ganasnye.
3. Bagi kura-kura gergasi makan.yang ni best sebab kitorang kena potong sayur dan buah.pastu suap kat kura2 tu.

tengah potong sayur.kat umah pun tak penah plak rajin camni.. huhu
4. Masuk kolam buaya. kebetulan masa kitorang pi hari tu benteng pasir kat dalam kolam buaya pecah. so aku dan beberapa pemuda macho lain terpaksa mengisi dan memunggah pasir beberapa guni untuk diletakkan dalam kolam tersebut. Hui..berpeluh gak, dah la masa tu tengahari. then masa nak turun dalam kolam tu lagi la.nasib baik ada orang kaber line. alhamdulillah segalanya berjalan lancar

bagi makan kat kura-kura. ni yang bestnye join khidmat masayarakt coz orang luar takde la can nakbagi makan kat haiwan2 camni.
5. pastu kitorang kena bagi makan buaya. so, tepaksa la potong daging.masa tu tengah hujan. entahle..feel je kumpul ramai2 time hujan camtu

aku masih takjub macam mana la kura2 kura ni hidup berpuluh-puluh tahun. mana sangat la korang penah gi jalan2 ek

potong daging untuk buaya-buaya time hujan.
selepas habis semua kerja kitorang pun diberi makan dan boley la bjalan2 dalam zoo tu.buat pengetahuan kita boleh pilih samada nak buat khidmat masayarakat full day ataupun sampai tengahari je. so, sape2 yg berminat boleh la contact pihak zoo.
Setiap manusia yang bergelar hamba tidak lari daripada kelemhan. hidup yang penuh dugaan ini memerlukan petunjuk dan hidayah dariNya bagi menyuluh jalan kehidupan yang berliku-liku terutama dalam saat kelam hidupnya. so, marilah kita sama2 blajar dan amalkan solat istikarah ini bagi membantu kita memilih jaaln yang terbaik.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".
ni aku ambil kat internet je. jadi kalau ada salah ke tolong infom ye. Pastu ada gak link ngan ceramah dr. asri
http://www.youtube.com/watch?v=p_gMMAn3Q4I&feature=related
semoga ianya membawa kebaikan untuk semua orang, terutama untuk diriku ini.
Malam smalam kelab geologi mengekalkan tradisinya meraikan third year dengan dinner di hotel oriental crystal kajang.
sekejap je sbnarnye 3 tahun ni..dan malam smalam lebih dari skadar jamuan, ia telah membuatkan aku mensyukuri perjalanan yangku tempuh sbg pelajar geologi.
smlam,kitorang bertolak dai UO sbnyak 2 buah keta iaitu motokar Naqib dan Suhaimi.turut menyertai adalah Din, anoy, izmil dan hasan.

Brader shahril/tangkas
Komen tentang diner:
-skali lg mengekalkan prestij wat kat hotel 4 star
-pakaian budak2 geo macam biasa gempak2
-artis, tempat dan makanan kureng sikit compare ngan tahun lepas
-cenderamata tahun ni power sikit

Table mate: shahril, izmil, naqib, suhaimi, khairi,awek khairi,aesther, syafik

Budak2 geo sekitaran

Bersama ketua pengarah merangkap birthday boy. penuh tangan ngan hadiah

Man..emm aku rsa dia lg layak dapat anugerah pelajar paling menyerlah..actually memang 3 tahun ni dialah yang banyk unite budak2 geo..jasamu tetap kuhargai...
walau apapun yang orang kate, bagi aku segala kekurangan diner tu lumrah biasa dalam wat apa2 program. kepada ajk2 tahniah dan terima kasih for the dinner
Aku bangun pagi tadi cam biasa. tapi selepas tu aku tringat hari ni 12 rabiul awal.jadi aku trasa nak buat sesuatu yang bermakna selain lepak kat bilik.
Then, aku bergegas mencari sebarang sambutan maulud kat internet. disitulah aku terjumpa statement 'sambutan Maulidur rasul di dataran merdeka'.tapi program tu start kul 7 pg.so aku bergegas untuk emmpersiapkan diri.
kul 8.30: aku tunggu bas kat UO. perjalanan soloku bermula. Nasib baik ada bas kiffah tiba tak lama selepas itu.
Then aku ambik komuter, lepas tu LRT putra ke masjid jamek. hujan yang masih turun renyai2 tidak menghalang hasratku ke sana. masa kat stesen masjid jamek aku mulai resah kerana ramai orang berbaju melayu telahpun bergerak pulang.
9.45 pg: akhirnye aku tiba kat dataran merdeka. masih ada persembahan yang berlangsung, namun aku ke van nescafe dulu untuk meneguk beberapa gelas nescafe.

nasib baik la ada van nescafe dan milo, boleh gak aku mengisi perut yang kelaparan.
aku terjumpe berapa orang plajar UKM. khabarnye seramai 5 biji bas terdiri daripada budak2 FPI turut kesana. aku sempat melihat konvoi bermotor dan keberangkatan pulang YDPA.

Bersama budak2 ukm semasa konvoi bermotor berlangsung.

kereta YDPA..polis pun ada gak kreta volvo.hmmm.. mewah gak kalau jadi polis pun.
selepas tu aku merayau2 untuk melihat perkara2 yang menarik di tempat kejadian.hujan masih turun ketika itu. aku memilih untuk menghadkan gambar yang ditangkap bagi mengelakkan kameraku diancam kerosakan.

selepas tamat program rtamai orang datang kat tempat duduk VIP untuk 'feel' tempat itu dan memakan sisa2 makanan.
Dalam gambar ni jugak kat blakang tu boley tengok sampah sarap yang ditinggalkan tanpa tanggungjawab.hmm..kebersihan itu sebahagian daripada iman

Tema tahun ni adalah wahdah pemangkin khaira ummah. Tapi aku tak sure sangat apa maksud dia.mintak sesapa boleh tolong huraikan
pastu aku ada sembang ngan sorang brader ni. Dia datang dari rawang smata2 nak tengok sambutan ni. Dia bagitau kalau sambutan2 cam tahun baru dan merdeka boley datang celebrate,kenapa sambutan keagamaan camni tak nak datang...terharu gak aku dengar.
Jadi untuk mengenang sempena kelahiran rasulullah boley la dengar ceramah2 dari You tube ni
1)
http://www.youtube.com/watch?v=wFQgtuEYp7U&feature=related2)
http://www.youtube.com/watch?v=YXtiDzN1qB4&feature=relatedlepas tu aku teruskan perjalanan di kotaraya Kuala lumpur..tapi yang tu da lain topik..so,aku tak nak citer la kat sini hehe..sekian
Cameron highland spanjang kat ukm ni 3 kali aku pi. masa first year ngan PMFST, 2nd year ngan PERDANA dan 3rd year ngan PKAP. dalam post ni aku nak kongsi travel aku ngan PMST
perjalanan program:
-berkumpul kat PMFST.diberi burger sebagai bekalan
-sampai kat masjid tapah.
-pergi ke mardi
-singgah cameron valley
-melawat lata iskandar
-pulang ke UKM

ni kat masjid tanahh rata:
-sejuk..ni la first time aku jumpe masjid yang takde kipas
-brgambar ngan arip, kimin, kimi dan napi

ni kat MARDI
complete:
-ada bunga ros, orkid, kekwa dll
-pokok teh tertua di cameron
-kilang proses teh
-buah epal,strawberry dll
-bangunan english style

ni stop terakhir kat Lata Iskandar
-tengah mencerap batuan.batuan granit disini berbutir kasar dipercayai berusia Trias. terdapat korok dan sesar yang selari dengan arah aliran air.

kat cameron valley
-kalau korang perasan, kat kdai cameron valley tepi jalan tu ada macam waterfall kecik kat bawah.
View situ memang lawa.
tapi spanjang aku pi cameron aku sorang je yang penah turun.maybe coz cerun curam, lagi satu penat nak panjat atas balik.
Tadi Fst telah menganjurkan program bersama anak yatim daripada kompleks kebajikan rukaiyah.program ini dikendalikan oleh pihak pentadbiran fst yang diketuai oleh Prof Abdul Rahim sebagai ketua pengarah dibantu oleh ajk kelab geologi dan pmfst.

seramai 23 orang anak yatim diraikan dalam program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan:
-Majlis perasmian oleh dekan, Prof Musa
-minum pagi (mihun dan air teh)
-lawatan ke muzium Geologi
-l;awatan ke fernarium paku pakis
-Sesi fotografi
-Penyerahan sumbanagn dan hadiah daripada pihak FSt, program Geologi dan Fernarium
-makan tengahari (gulai ikan masin, ayam goreng, sayur, sambal, ulam,buah buahan dan air sunquick)

makan tengahari:
dari kiri: Raqib, me, yami, azidah

di kawasan fernarium paku pakis
-fernarium ni terletak di depan bangunan biologi, FST
-ditaja pembinaanya oleh Exxon-mobil
-ada laluan trekking, tasikdan semetinya berbagai speisis paku pakis

Muzium Geologi
-disini menyimpan berbagai khazanah geologi daripada dalam dan luar negara.
-ini termasuklah batuan,alatan kejuruteraan, fosil dan mineral-mineral benilai ekonomi
-Sejak zaman sebelum dinosor lagi sampailah yang terbaru
dalam program ni, aku diberi kepercayaan untuk rekod video guna videocam FSt.mintak2 la video yang aku tangkap tu boley guna.

bersama beberapa anak yatim
-kebanyakan kata best datang sini
-okla... diorang dapat hadiah banyak,duit lagi, pastu dapat makan pulak.
Hmm..aku ucapkan penghargaan kepada pihak FST yang mempunyai inisiatif untuk menganjurkan program sebegini rupa. Tahniah atas kejayaan program tersebut.