Wah..dah sminggu rupanya aku duk kat penang..nampaknye malam ni akan naik bas balik ke klantan...the place where all the journey start's... hmm..da lama tak letak benda ilmiah kat sini...baiklah..maybe kali ni aku leh share something
Aku rasa ramai antara korang yang dah mendengar atau menggunakan software google earth.. Bagi yang belum, maybe it's time to check it up
Antara kegunaan software ini adalah: 1)mengukur jarak antara dua tempat 2)melihat dan mengenalpasti kawasan di seluruh dunia 3)menganggar ketinggian dan koordinat kawasan 4)mencerap bintang-bintang di angkasa 5)flight simulator
hmm..banyak lg kegunaannya...korang explore la sendiri k Highly recomended for geologist dan mereka yang suka travel
Alhamdullillah..interview di KLCC dan penjom gold mine berjalan dengan bestnya...result petronas 2 minggu lagi baru dapat jawapan..penjom plak da mintak wat medical checkup..rasanya da dapat kot... Hmm..nampaknya alam pekerjaan sudah menanti..eloklah
so..apa yg overnye? well..aku rasa da tiba masa aku melupakan seseorang...i think i have already give her and myself enough chance. Anyhow, she manage to prove me the power of women..giving hope and blinding my mind..haha, tak sangka..a very intresting experience hmm...i think this is gud moment to layan this song
hmm..oklah..still a long way to go..i leave you here k..
Hmm..post ni panjang sikit..maklumlah..last2 ni banyak la nak cakap..
Mengimbau kenangan tiga tahun aku disini memang menyentuh hati..entahle..maybe aku ni sentimental sikit kot...every place have it's own story..sad or happy, it's doesn't matter as long we share it together...
Alhamdullillah, aku da berjaya tangkap gambar hampir 60% monumen2 di ukm..skrang tengah kumpul gambar2 field work dengan budak2 geologi pulak.
About my future.. insyaallah i'll have petronas interview tomorrow and penjom gold mine interview this sunday...wish me gud luck k..then i'll go to penang and after that come back to my hometown..
Anyhow, one person that i remember when i wrote in this blog is my roomate..dialah yang begitu bersemangat mengajar dan mendorong aku menulis blog.. eventhough it's clear that he did'nt like me..i accept all that as my weakness..sorry for all the mistake..biasa la, aku ni nakal n manja sikit....anak bongsu katakan.. anyhow, i try to make as a habit..walau siapapun yg kita jumpe, belajarlah sesuatu daripadanya.. my rumet banyak mengajar dan membantu aku..thanks 4 that.
Banyak perkara yang aku inginkan masa melangkah masuk universiti tercapai..thank god for that..i totally agree that my success is not only mine..it's your success too...thanks to all my family and friends... To my KUO friends..adli, faris, zaidi, nazri..keluar bersosial dan makan is one of my favourite time usage, besides playing badminton with u guys in the evening.. kepada Adli yg banyak 'dipergunakan' olehku...thanx slalu ajak aku ke surau, the first place we met...mintak maaf banyak2 coz ngan kau aku biasa gurau melampau skit
Girls..mostly yang aku rapat budak2 geo je..especially my study grup yg setia..farah, farhana dan ezza..kejayaan akademik aku, banyak disumbangkan oleh korang..thanks
No girlfriend..hmm aku pun tak tahu ini pilihan aku sendiri or memang aku ni tak laku..but aku akui, aku tak sefriendly masa kat matrik dulu..tambah plak status sebagai exco perdana mendorong aku untuk menginsafi kisah silamku..
I'm not sure if this is the end of my blog..we'll, i miss all bloggers out there..eventhough we haven't meet each other, but i think i now you all better than some of my friends here...it's nice to share stories together..
Waa..bestnye makan durian...thanx 4 my coursemate yg baik hati.. Dulu masa kecik aku tak suka makan durian..plik gak..tapi skrang da jadi one of my feveret fruit... Maybe betullah kata orang..dunia brubah..dulu benci, kini sayang..dulu dijauhi, kini dicari
Gambar pohon durian dibawah ditujukan kepada mereka yg masih was2-was bagaimana rupa pokok durian.. Durian berbuah selepas 4 atau 5 tahun.. sesetengah orang tak suka makan durian sebab bau dan panas.. Hmm..ada petua mengatakan rasa panas lepas makan durian boleh dikurangkan dengan makan bersama2 manggis ataupun isi air dalam kulit durian dan minum air tersebut..
Camnepun., tak sabar nak balik kg..boleh makan sepuas hati hehe
Hmm..kali ni kita share sikit pasal mendirikan khemah..kebanyakannya aku edit daripada artikel dalam altitude nye website
Biasanya masa nak pasang khemah mesti kita tertanya-tanya, kat mana ye nak pasang khemah ni? dan member2 kita ada yang menjawab...'alahhh...cari je tempat rata janji bawah jangan ada tunggul'...' Buat je tepi sungai senang nak ambil air'.....'kat bawah pokok lah redup sikit'..'Sini tempat cantik.. sejuk, angin lalu'..dll
Here's some tips that can help us decide a good place to palce our tent:
Pemilihan Tapak Perkhemahan
a) Tanah yang rata
b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai
Mendirikan Khemah
a)Dipasang di atas tapak sesuai yang telah dipilih
b)Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c)Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi
mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada
gangguan angin
d)Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak
e)Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5 - 8 meter
Larangan Semasa Berkhemah
a)Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air
b)Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
c)Semak samun atau kawasan belukar
d)Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e)Diatas tebing tinggi dan curam
f)Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g)Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )
h)Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove