MTSM ni kiranya macam dinner untuk budak2 FST la...first year buat kat Danau ukm, 2nd year kat Kagumas bangi n 3rd year pun kat kagumas....

masa first year bersama2 senior

masa second year..bersama junior
3rd year takde gambar lg....sesape ada gambar tak? please kindly inform me k..
cuma kalau boleh aku nak komen sikit pasal beberapa perkara:
Participitation-kebanyakan pelajar cemerlang melayu kurang berminat untuk hadir. masa kat kagumas, yg naik bas ngan aku 2 orang je melayu..
Makanan- hmm..makanan kurang mencukupi..ok la, bayar rm 10 je..but for a night of appreciation for our performance, it should be better
Ceramah-entahle..rasa cam tak sesuai lak ada ceramah masa dinner..n aku rasa appearance penceramah masa tahun ni agak tak sesuai..tetiba aku rasa macam tengah dengar ceramah pas pulak
Kemudahan-well, nak smayang susah..i think the organizer should think ahead about the problem..
This is how i see the situation..hope something could be done after this..
anyhow, thanx 4 the programe.. i always look forward to attend this dinner..
hmm..misteri sungguh.. pagi tadi dalam pukul 7.30 aku tidur la lepas smyang subuh... lampu still terpasang dan aku tak kunci pintu... tiba2 aku tersedar ada budak mana ntah masuk bilik aku..mula2 aku ingat member zaidi yang datang nak ambik kunci.. tapi tiba2 dia blah camtu je bila aku tanya datang watpe... aku pun mamai lg masa tu, so aku pun takde la kejar mamat tu... aku check2 takde apa2 yg hilang.. so, aku meneruskan hidup tanpa rasa curiga berlebihan
tapi baru je dalam kul 10 pg tadi member zaidi datang ambik kunci ngan aku...lain pulak mukanya dari mamat yg datang pagi tadi... so persoalannya kini siapakah jejaka itu??

hmm..tadi aku tak suspek apa2 la sebab dia pakai smart je, muka pun macam hensem..
pastu takkan la nak mencuri pukul 7.30pg...
ai..kalau betul la aku tau dia nak mencuri tadi memang aku blasah sampai hilang kehensemannya
Takpe..moral of the story:
-jangan lupa kunci bilik walaupun kita ada dalam bilik
-buang paradigma orang tak hensem dan selekeh je boleh jadi pencuri
-berkenalanlah dengan jiran dan member kepada jiran kita
-cubaan sebegini mengajar kita..so, hargailah ia
Tak sangka ada gak orang mintak aku update blog ni...walaupun dengan hanya nada bergurau, tapi aku menerima permintaan itu dengan penuh rasa terharu haha...
yelah, takde orang komen..rasanya takde orang baca la kot..lagipun, aku rasa blog ni takde la laku sangat...takde bahan kontroversi, just skadar tempat untuk mereka2 di luar sana kenal sikit2 sape la che ahmad ni..
Takpelah...so hari ni aku nak citer pasal antara hobi aku kat ukm iaitu main badminton
walaupun kadang2 pukul shuttle pun tak kena, tapi itu tak menghalang aku untuk menikmati sukan ni..antara sebab aku men badminton adalah:
- menegenali budak2 uo dan ukm, samada yg main badminton mahupun yg lalu lalang
- release tension dan menyihatkan tubuh badan
- tak penah injured teruk masa main

Bagi aku court badminton ni antara tempat paling best untuk melepak petang2
aku start main masa first year lg n aku biasa main kat depan blok A UO..tapi skarang da takde pluang nak main dah...member2 ramai da balik..
anyhow, harap2 nanti boley main lg.. somewhere, sometime, somehow..
Tengahari tadi... aku, yus n zaidi telah ke majlis perkahwinan abang adli..majlis bertempat di dewan serbaguna, kompleks kejiranan Presint 16, Putrajaya..
Berikut merupakan gambaran majlis..

Sesi Fotografi pengantin bersama-sama keluarga di pelamin

persembahan kebudayaan cak lempong..nice, mengingatkan aku kepada kembara sri pepatih

enjoying the event..of course not as glamourus as dato' siti wedding, but grand enough..
make me wonder how my wedding would be
Anyway..thanks 4 da invitation
Akhirnya aku sampai balik kat ukm pagi smalam...study jap, then tido..
tapi entahle..apa la yg aku jawab masa exam tgahari tu...soalan senang je sbenarnye, tapi rumus tak ingat lak..seperti biasa, aku menyesal tak study awal2
emm..oklah, masa aku balik kg ada la majlis sikit..sultan kelantan datang rasmi masjid baru kat kg aku...yang bestnye makan gulai kawah..dekat 7 kawah gulai gak yg dimasak..siap ada buat air asam lg..

masjid baru yg menggantikan masjid lama yang kecil

sultan menyampaikan cenderamata kepada imam. lepas tu sesi bersalaman ngan penduduk kampung

keberangkatan pulang..
oklah.wat tesis lak..mingggu depan da kena hantar yg bejilid
Yey..alhamdullillah, akhirnya malam ni dapat gak balik kg..
For me there's no place like home..the value of the place is priceless...especially bila aku down, aku akan balik kg untuk revive balik semangat aku...here, i have my family, friends n of course my sweet memory with them...

I miss my cat n the trees that i have plant with my father n mother

just a simple kampung life..
a car n a motorcycle
enough to get the life running

jambatan@retok
penghubung antara kedamaian dan kesibukan dunia luar

harap2 kolam ikan belakang rumah aku ni da siap masa aku balik..
n..one of the most important place

sawah @baruh
walau sekejap manapun aku balik biasanya aku akan datang gak sini.. coz tempat ni banyak menyimpan memori zaman kanak2 ku..
-kutip siput sedut,tembak burung, mengaran ikan, panjat kelapa ambik air tuak, naik motor malam2 dll...
biasanya aku akan bawak jajan sikit n lepak atas wakaf sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan
ok..da balik kg nanti agak terputus la aku dari dunia internet ni..so, wish me safe journey..ada rezeki jumpa lg....take care